|
|
| Tuesday, 1-Aug-2006 06:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengumuman penting.....
|
|
A'kum w.b.t.
Di sini ada satu pengumuman penting. Pihak administrator FP telah memaklumkan bahawa Fotopages saya ini telah melebihi had. Sehubungan itu, saya akan mengaktifkan satu laman FP yang baru. Laman FP yang baru ini adalah; http://viruspadu2.fotopages.com . FP ini akan terus aktif sebagai simpanan saya dan semoga ianya menjadi tempat kita semua melampiaskan rindu kepada Alesha. Terima kasih diatas segala sokongan, perhatian dan teguran dari sahabat semua. Saya harap viruspadu2 akan turut dikunjungi oleh para sahabat semua. Sekian.
Wassalam
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Jul-2006 23:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pindah rumah sepenuhnya semalam
|
 |
|
Dadif bergaya
|
|
 |
|
Dadif bergaya lagi
|
|
 |
|
Rajinya papa
|
|
 |
|
Time to makan yum yum
|
|
 |
|
Mak dan makmertua borak-2 kat tangga
|
|
 |
|
Abah n abah mertua borak-2 kat luar pulak
|
| | View all 14 photos... |
|
A'kum.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi membantu. Jasa dan keringat anda semua amat kami hargai. Kami sayang anda semua.
Insyallah, untuk sahabat semua, sama ada sahabat-sahabat FP, rakan-rakan sepejabat suami dan saya, rakan sepejabat lama saya di MECD serta ahli-ahli egroups suami dan saya... kami akan merangka satu majlis makan-makan (house warming) atau ala-ala pot-luck di kediaman kami nanti. Kami sedang mencari waktu yang sesuai dan lapang. Mungkin selepas penat pindah rumah hilang atau selepas genap 100 hari pemergian Alesha. Atau mungkin cuti hari Kemerdekaan nanti, tak pun paling tidak hari raya nanti la kut.....
Insyallah.... pasti saya dan suami akan menjemput anda semua.
Wassalam.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Jul-2006 12:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari yang penuh tragis...
|
 |
|
Pasukan Bantuan.. Abg Lang, Kak Lang, Atam & Ana
|
|
 |
|
Aku pun tolong gak... tolong tengok
|
|
 |
|
Rajin tak aku? Rajin kan...
|
| | View all 8 photos... |
|
A'KUM...
Hari nie, 15hb Julai... Planning hari nie nak ke Kenduri Kahwin anak puan Zakiah (Ummi), tetapi sebelum tu nak ke Tabung Haji dulu. Namun apa yang dirancang tak menjadi. Pertamanya, sesampainya ke Tabung Haji, tutup pulak!!! Pastu ok la, ingat nak teruskan gerak ke rumah puan Zakiah pulak, tapi separuh jalan, tersilap bawa kad kawen!!! Patah balik rumah cari kad tu, tak jumpa pulak... KAD DAH ILANG!!!!! Apa la ketentuan Allah hari nie...
Pastu untuk mengubat hati, teruskan pulak planning yang telah dibuat beberapa hari lepas.. gotong-royong bersihkan rumah. Masa amik mesin motong rumput, sepupu suami nak ikut membantu. Kemudian, masa tengah dok makan tengahari, ayah mertua yang baru balik dari membantu di rumah kenduri kawen pula menawarkan diri untuk membantu sama. Dan sebelum tu, keluarga Kak Lang menghantar SMS kata nak datang membantu sama. Wah!!! best nyerrr......
Terima kasih kepada Kak Lang dan Abg Lang, Atam, Ana dan anak-anak buahku, Ajoi, Ajai dan Ayeen... Terharu bila korang sanggup datang dari KL semata-mata untuk menbersihkan laman rumah Andak. Pada pak mertua dan sepupu suamiku Udin juga, terima kasih kerana bersama-sama membersihkan rumah. Minta maaf tiada apa yang mampu disediakan kecuali burger A&W jer... Sekali lagi terima kasih...
Wassalam
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Jul-2006 00:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam ceria semua.. kesibukan bulan Julai
|
 |
|
Suamiku memalu pulak berposing
|
|
 |
|
Inilah kediaman baru kami...
|
|
 |
|
Dulu suamiku bercita-cita untuk jadi kapten kapal
|
| | View all 9 photos... |
|
A'kum w.b.t.
Alhamdulillah... semoga semua sahabat ceria dan dirahmati Allah. Tiada isu atau berita yang mampu saya sajikan. Minggu depan saya akan berkursus lagi selama 5 hari di Kuala Lumpur. Kesian suami kena berulang alik hantar saya kerana tidak disediakan hotel penginapan.
Pada hujung Julai nanti, insyallah kami akan naik ke utara. Kami akan ke Langkawi sempena Hari Keluarga opis saya. Kalau ada sahabat di Langkawi, jom la kita bertemu dan jenjalan. Saya dan suami teringin sangat nak naik kereta kebel. Tapi suami saya lebih tergilakan untuk ke Awarna Porto Malai... apa lagi, tengok kapal la. Dia memang gila bot dan kapal. Dulu dia dapat tawaran ke Akademik Laut Malaysia (ALAM), tapi kemahuan keluarganya, dia masuk U jer... kalau tidak, kapten kapal la dia agaknya.
Sekiranya kekawan turun ke Seremban atau pergi berjogging atau berdating di Taman Tasik Seremban, jemputlah datang ke teratak kami di Jalan Keliling, Taman Tasik Seremban (kuarters Kerajaan jer). Tiada apa yang dapat kami sajikan dan keadaan rumah pun masih kelam-kabut sebab baru dapat kunci masuk.
Yang pasti, bulan Julai ini saya akan sering keluar berkursus dan pada hujungnya pula kami akan berhoneymoon bagi kali kedua... hikhikhikhik
Wassalam
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Jul-2006 00:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Minggu Lepas, minggu yang sibuk
|
 |
|
Posing Dalam Selesa Beach & Resort, PD
|
|
 |
|
Bersiar selepas penat berkursus di pantai
|
|
 |
|
Antara group di HRMIS
|
| | View all 14 photos... |
|
A'kum...
Minggu lepas minggu yang cukup sibuk bagi saya. Pada 4hb saya menjadi fasi di kursus HRMIS di Selesa Beach & Resort, Port Dickson sampailah 8hb Julai. Tapi pada pagi 4hb itu juga, saya perlu menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Minggu ICT di Shah Alam. Letih dan memeningkan kepala, tapi saya rasa cukup terisi kehidupan ini.
Balik dari kursus sabtu 8hb, saya dan suami balik Cheras Baru rumah mak. Malamnya menonton AF4 beramai-ramai, adik-beradik di rumah Kak Lang. Meriah sungguh!
Saya juga berasa sungguh bertuah kerana dijemput untuk menghadiri Pot-Luck Party di rumah Puan Suzanna di Putrajaya. Party yang dibuat khas untuk mummies and babies. Ramai sungguh sahabat yang datang. Selama ini kita hanya berutus secara maya, tetapi pada hari itu kita semua dapat berkumpul. Terima kasih pada Zizie dan keluarga kerana melayan saya dan suami. Sesungguhya kami benar-benar terharu. Saya doakan moga Allah merahmati anda semua. Sekiranya ada kelapangan, sudi-sudikanlah sahabat semua datang ke teratak kami di Seremban nanti.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Jul-2006 05:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Ini, 1 Julai 2006 - Genap 50 Hari Pemergian Alesha
|
|
A'kum...
Hari sabtu begini, terasa bosan duduk di rumah. Lebih-lebih lagi tiada anak untuk bermanja. Ingin rasanya mengajak suami berjalan-jalan, tapi kemana hendak di tuju? Ke Jusco? Mid Valley? The Mines? Sunway Lagoon? Desa Water Park? Port Dickson?.. semuanya amat membosankan
Seawal pukul 9.00 pagi suamiku mengajak kami ke tanah kuburan. Kata suamiku, hari ini genap 50 hari arwah meninggalkan kita. Patutlah sepanjang malam tadi saya amat sukar untuk melelapkan mata. Sepanjang malam saya teringatkan Alesha. Teringatkan senyumannya. Tangisnya. Sakitnya. Saya cuba membayangkan rupanya. Cuba merasakan sentuhan kulitnya. Cuba menikmati bau kebayiannya. Kerana saya amat takut! Takut yang saya akan melupakannya.
Tadi pagi di tanah kuburan, ada lagi satu kuburan baru. Kuburan kecil. Anak siapakah yang baru dikebumikan itu. Mungkin ibu dan bapa anak kecil itu merasa amat sayu dan pedih berpisah dengannya. Saya amat tahu akan perasaan itu. Kerana perasaan itu telah wujud dalam diri saya selama 50 hari ini. Sudah hampir terubat kepedihannya, namun kenangannya tidak mungkin akan hilang. Saya mendoakan al-Fatihan pada anak mereka itu. Moga anak itu akan aman di sana dan bertemu dengan Alesha dan mereka akan berkawan rapat nanti.
~Ya Allah.. tenangkanlah hati ini
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jun-2006 02:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Sistem Perakaunan di Majlis Perbandaran Seberang Perai
|
 |
|
Sedang Tekun Berkursus
|
|
 |
|
Kusyuk Tul Dengar Penerangan
|
|
 |
|
Hidangan Makan Malam Yang Disponsor - terima kasih eena
|
| | View all 5 photos... |
|
Di atas gambar-gambar ketika menghadir Kursus Ulangan Sistem Perakaunan Bersepadu di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang baru-baru ini. Terima kasih kepada MPSP dan sahabat di Pulau Pinang kerana sanggup melayan saya dengan membawa saya meronda Pulau Pinang. Terima kasih juga untuk belanja makan malam di Sedim. Walaupun hajatnya untuk menjamah daging rusa, tetapi apa yang telah sahabat belanjakan malam itu telah terlalu berharga dari segi nilai persahabatan. Terima kasih juga kepada pihak Hotel Sunway Seberang Perai untuk perkhidmatan yang cemerlang.
Terima kasih sekali lagi.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Jun-2006 00:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Alhamdulillah... Selesai Sudah Majlis Menyambut Menantu Baru
|
 |
|
Adik Iparku Menyempurnakan Akad Nikahnya
|
|
 |
|
Sempat Lagik Posing Depan Mempelai
|
|
 |
|
Pelamin Bertemakan Hijau-Putih
|
| | View all 12 photos... |
|
A'kum w.b.t....
Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis menyambut menantu perempuan yang ketiga bagi keluarga mertua saya. Saya macam biasalah, akan tetap menjadi otai dalam keluarga tersebut sebab saya mengahwini anak lelaki sulung keluarga Shamdin, walaupun dalam semua menantu pompuan, saya yang paling mude sekali...
Majlis disambut dengan meriah. Tetamu yang datang terlalu ramai, kira-kira dalam 1200 orang termasuk barisan EXCO Kerajaan N9 dan YAB Menteri Besar N9 sendiri, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj Hassan. Saya bagi pihak keluarga mertua mohon maaf sekiranya ada tetamu yang tidak dapat menjamah hidangan atau lambat dihidangkan makanan. Kerana telah menjadi tradisi belah mertua saya, majlis perkahwinan anak-anaknya dibuat secara hidang dan gotong-royong maka sudah barang tentu hidangan lambat dibawakan.
Kepada sahabat-sahabat yang sudi datang, terima kasih saya ucapkan. Maaf sekiranya saya tidak dapat melayan anda semua, maklumlah, saya di sana dinaikkan taraf sebagai anak sulung secara automatik, maka sibuknya paham-paham sajelah.
Sekali lagi saya dan keluarga mertua mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi memeriahkan majlis tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-Jun-2006 06:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A'kum... saje, x ade isu nak cerita
|
 |
|
Kad jemputan perkahwinan adik ipar dan bakal birasku
|
|
 |
|
Peruk belanga pun dah ready
|
|
 |
|
Persiapan khemah telah siap sepenuhnya
|
| | View all 9 photos... |
|
A'kum sahabat semua...
lama saya x update apa-2. sibuk dengan hal-hal ke duniaan... apa lagi kalau bukan soal kerja. x ade apa yg dapat sy sampaikan. mungkin update persiapan kenduri kawen adik ipar & bakal biras saya je la isu terkini. seperti mana yang suami saya jemput tempoh hari, sekali lagi jemput la datang.
Semoga anda semua dirahmati Allah...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-Jun-2006 01:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Walimatul Urus... Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Adik Lelaki
|
 |
|
Jemputlah Datang...
|
|
|
A'kum w.b.t.
Maaf kerana menggunakan FP isteri saya untuk menyampaikan jemputan ini. Keluarga saya akan menyambut menantu perempuan yang ke-3 pada hari Ahad, 25hb Jun 2006. Zaimah merupakan menantu perempuan pertama kerana saya anak sulung. hikhikhik....
Sehubungan itu, saya menjemput semua sahabat FP isteri saya ini untuk bersama-sama meraikan pasangan pengantin. Majlis akan dijalankan pada:-
Tarikh: 25hb Jun 2006 (Ahad)
Tempat: *****
****
Dijemput hadir semua.
P/S- Kenduri tahlil Alesha akan turut diadakan serentak.
|
|
|
|