Want your
own Fotopage?






 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-May-2006 01:08 Email | Share | | Bookmark
Aku pasti akan rasa bersalah selamanya

A'kum...

Saya suami kepada Zaimah. Sepanjang malam saya bermunajat, memohon harapan, meminta ihsan, merayu simpati dan menagih rahmat dari Allah, tuhan Yang Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Hajat, tahajud ke Istikarah sehingga ke taubat, solat malam saya lakukan. Mohon petunjuk dari Allah.

Keputusan yang bakal saya buat, pastinya akan menghantui hidup saya selama-lamanya. Setiap hela nafas dan kedipan mata selagi saya bernyawa, pasti akan menyimpul satu penyesalan dan rasa bersalah selamanya. Keputusan yang bakal saya buat ini pasti akan menjadi dosa saya kepada Alesha Abriza, yang menjadi harta, pengarang jantung, ubat rindu saya selama ini. Saya tahu, Alesha pasti faham akan keputusan yang papanya buat ini.

Anakku, papa terpaksa biarkan dikau pergi dengan aman! Papa tahu dikau pasti akan berada didalam rahmat Allah di sana. Kalau Allah makbulkan permintaan papa, papa sanggup menjadi galang-gantinya. Biar papa sahaja pergi mengadapNya, dan bukannya Alesha, kerana mama lebih memerlukan Lesha. Tapi Nak.. papa perlu menjaga mamamu. Mamamu perlukan sokongan papa. Mamamu pernah berkata, jangan sesekali papa mohon bertukar tempat denganmu, kerana sekiranya terjadi, dia akan menyusul papa pula!. Alesha, namamu dipilih sendiri oleh ibumu. Katanya Alesha bermaksud 'Dilindungi Tuhan'. Katanya lagi, moga dengan nama itu, anak yang bakal lahir nanti sentiasa dilindungi Allah dan menaung di bawah lindungan rahmatNya. Anakku, sekiranya nanti, dikau mengadapNya. Tolonglah ibumu di sana. Sekurang-kurangnya, papa tahu, ibumu punya penyelamat di sana.

Maafkan papa, Alesha... maafkan papa! Kerana sesungguhnya papa tidak dapat memaafkan diri papa selamanya.....

assalamualaikum pn zaimah dn suami
tabahkanlah hati kalian dan kami disini akan terus bersama2 mendoakan kesejahteraan buat baby alesha...
Fri 5-May-2006 02:09
Posted by:mamaqina  - [Link]
"So verily with the hardship there is relief. Verily, witht eh hardship, there is relief"...Surah Ash-Sharh verse 6-7 Thu 4-Jan-2007 05:57
Posted by:baizurah  - [Link]
rajin rajin baca surah Ash-Sharĥ,,,,,,entah mengapa saya sangat suka surah ini...entah lah.. Thu 7-Jan-2010 21:24
Posted by:f anakantin@yahoo.com
View all 69 comments


Wednesday, 3-May-2006 07:43 Email | Share | | Bookmark
Hidup mati anak itu ditentukan olehku....

A'kum

Saya suami kepada Zaimah. Maaf kalau menganggu anda semua. Saya terpaksa mencoretkan sesuatu kerana amanah Zaimah pada saya untuk menyampaikan. Zaimah sudah tidak punya kekuatan untuk melakar sesuatu disaat ini.

Tengahari tadi, keadaan anak kami Alesha Abriza kembali kritikal. Doktor terpaksa intubate semula Alesha. Dan Doktor minta saya membuat keputusan sama ada diteruskan intubate atau biarkan takdir menentukan segalanya. Apa yang perlu saya buat..... berat sungguh dugaan ini!

tak terdaya rasanya nak melawat laman fp ini....sayu di hati biler menatap wajah anak kecil ini..terlalu berat beban yg digalas....menitis air mata biler melihat diri nya disaluti tiub2 diseluruh tubuh comel nya....tp jika x dpt mendengar berita lesha ..hati resah ingin tahu keadaan lesha dari masa ke semasa....
Ya ALLAH ..sesungguhnya kau lah maha pengampun, pengasih lagi maha penyayang....kau sembuhkan lah anak kecil ni...kau kembalikan lah kebahagiaan kepada keluarga ini....sinarkanlah cahaya ..terangkan ...terangkanlah keluarga ini dgn sinar kebahagiaan....
sesungguh nya kami benar2 mengharapkan keajaiban dari MU ya ALLAH....
Thu 4-May-2006 00:37
Posted by:eija mrs_shrek00@yahoo.com
ya allah... baru semalam sy menceritakan perkembangan alesha kpd suami sy... sy beritahu suami sy yg sy tumpang gembira alesha dpt ke wad biasa... tp hari ini membuatkan sy sedih kembali... sama2lah kita berdoa pd Allah... moga2 berkat doa rakan2 disini Alesha dpt diselamatkan... Thu 4-May-2006 01:10
Posted by:ida
Tak termampu utk berkata apa2... baru ptg semalam saya beritahu berita gembira Alesha akan pulang ke seremban pada suami.. tetapi pagi ini saya dapat tahu Alesha kurang sihat semula..

Ya Allah... Kau berilah peluang kepada hambaMu ini... semoga Kau sembuhkanlah penyakit Alesha...

buat mama and papa Alesha... buat la sembahyang hajat dan istikharah... mintalah padaNya....

saya sentiasa doakan Alesha cepat sembuh... amin..
Thu 4-May-2006 01:15
Posted by:lenny
View all 24 comments


Wednesday, 3-May-2006 00:48 Email | Share | | Bookmark
Alesha akan berpindah ke Hospital Seremban esok

 
 
 
A'kum...

Esok, insyallah confirm Alesha akan dipindahkan ke Hospital Seremban. Sepatutnya hari ini, tetapi, sukar bagi "ibu-ibu" nya dia NICU untuk melepaskan. Maka diberikan semalam lagi untuk bersama. Pelbagai hadiah telah dibekalkan kepada Alesha oleh "ibu-ibu" nya dia NICU. Rasa terharu dengan segala perhatian mereka. Kami berjanji, jika takdirnya Alesha sihat, pasti akan kami bawakan dia untuk melawat NICU Putrajaya. Kerana di sana, dia mulai menghirup udara dunia; di sana dia merasa nikmat rezeki pertama; di sana dia mulai merasa keindahan kasih sayang; dan di sanalah tempatnya dia mengenal kemuliaan hati budi manusia.

Saya banyak menerima personal message melalui FP ini mohon diberikan alamat kerana ramai yang ingin mengirimkan kad ucapan dan hadiah. Perasaan malu dan rasa bagai tidak bertanggungjawab sekiranya saya berikan alamat dan no. telefon saya. Kerana sudah terlalu banyak yang sahabat semua berikan kepada saya. Doa-doa dan kata-kata peransang dari sahabat semua terlalu berharga buat kami. Namun pujukan demi pujukan saya terima membuatkan saya akur pada kehendak ramai. Saya rayu dan mohon agar tiada yang salah anggap akan tujuan saya mempamerkan alamat dan no. phone saya ini. Bukan untuk kutip derma atau mengharapkan hadiah mahupun kad ucapan. Saya berikan maklumat ini kerana saya sudah terlalu terhutang budi pada sahabat semua dan malu sekiranya tidak memenuhi permintaan sahabat yang memintanya. Sahabat bolehlah menggunakan alamat berikut:-

Zaimah binti Noh
****

Sekali lagi mohon, jangan salah anggap yang saya memohon derma, hanya memenuhi permintaan sahabat yang meminta sahaja.

Sahabat semua, sekiranya ada diantara sahabat yang tinggal berdekatan Seremban, saya bagi pihak suami dan keluarga mertua menjemput sahabat semua ke majlis perkahwinan adik ipar saya pada 25hb Jun 2006 di Kampung Pasir Tengah, Rantau, Negeri Sembilan. Insyallah, sekiranya Alesha telah keluar dari hospital, pada sebelah paginya kami akan mengadakan majlis marhaban, upacara cukur jambul dan aqiqah untuk Alesha. Mohon Allah menrahmati Alesha dan memberikan dia peluang untuk bersama di majlis yang dirancangkan untuknya itu.


Assalamualaikum....
alahmdulillah syukur kehadrat ALLAH kerana dgn limpah kurnianya akhirnya alesha akan d tempatkan d wad biasa...saya rasa sugguh sayu baca cerita ttg lesha nih...saya sentiasa mengikuti perkembangan terbaru lesha sejak saya dpt tahu ttg fp nih....alesha sayang....kau terlalu istimewa...ketabahanmu...kecekalanmu...kekuatanmu...amat istimewa...itulah kelebihan yg ada pada dirimu sayang.....ayuh sayang...teruskan perjuanganmu demi ibu dan ayah mu yg terlalu ingin menikmati keindahan detik2 kau membesar d depan mata mereka sayang....ketahuilah...kami semua juga amat menyayangi mu...kau amat istimewa bagi kami...buat zaimah dan suami....harap kesabaran dan ketabahan kalian berdua akan terbalas dengan kesihatan alesha suatu hari nanti...insyaallah.....amin...
Wed 3-May-2006 07:31
Posted by:mama mierul ladybird9105@yahoo.com
sayangggg Lesya...wah dah boleh balik kampung halaman Lesya ye . Ibu doakan Lesya selamat di sana kelak, nak.
Ada masa nanti ibu akan lawat lesya di sana..tak kira w/pun jauh jarak kita ibu akan usahakan.Lesya sambut kedatangan ibu nanti ye, nak.
cepat2 lah sembuh...ibu sentiasa doakan kesejahteraan Lesya.

Wed 3-May-2006 07:49
Posted by:ibuhazique umie_adam27@yahoo.com
allhmdllh...manja doakan alesha sihat dn ceria disamping family tcinta... Wed 3-May-2006 07:54
Posted by:manja khaitileya_natasha04@yahoo.com
View all 12 comments


Tuesday, 2-May-2006 00:44 Email | Share | | Bookmark
Insyallah... 3hb Mei Alesha akan ditukarkan ke wad biasa

 
 
 
View all 4 photos...
A'kum..

Insyallah, sekiranya takdir Allah berlaku seperti mana yang hambaNya rancang, esok, 3hb Mei Alesha akan dipindahkan ke wad biasa. Kami baru mendapat berita ini kelmarin. Kami sekeluarga telah berbincang, memandangkan kami tinggal di Seremban, dan saya sendiri bertugas di Seremban, mahu tidak mahu, kami berkeputusan Alesha perlu ditukarkan ke Seremban. Keputusan itu dibuat untuk memudahkan penjagaan Alesha seterusnya.

Kelmarin, suasana agak terharu, pabila ramai staff nurse menyatakan yang mereka akan merindui Alesha. Ada diantara mereka memberikan Alesha stoking, malahan gaun baby! Pakaian Alesha turut ada yang mencucinya sedangkan mereka tidak perlu berbuat demikian. Jasa dan pengorbanan semua petugas perubatan dan paramedik di NICU Hospital Putrajaya memang tidak terbalaskan. Mereka telah menjadi ibu kepada Alesha selama 5 bulan, hampir 75% dari hari-hari Alesha adalah bermanja bersama mereka. Kencing beraknya mereka yang basuh. Senyum tangisnya mereka yang saksikan. Jaga tidurnya mereka yang dodoikan. Deman sihatnya mereka yang jagakan. Allah, rahmatilah mereka di NICU serta keluarga mereka. Redhailah mereka dengan balasan syurgaMu.

Saya turut diberitahu, staff nurse NICU tengah berebut dan mengundi siapakah yang bertuah untuk turut bersama Alesha di dalam ambulan sepanjang perjalanan ke Hospital Seremban nanti. Terharunya perasaan ini dan amat tersentuh hati ini. Saya nyatakan pada suami, sekiranya takdir Allah, Alesha sembuh nanti, kita akan membawa Alesha ke NICU Hospital Putrajaya, dan berjumpa semua "ibu-ibu" nya yang menjaga selama 5 bulan itu. Akan saya ajar Alesha untuk menghormati mereka semua. Dan sekiranya ditakdirkan, biarlah Alesha suatu hari nanti menjadi sebahagian daripada mereka sebagai anggota perubatan atau paramedik...

Suami kakak menitiskan air mata bila membaca FP terbaru Zaimah ni. Dia kata terharu (berbaur rasa gembira & sedih). Kami memahami apa perasaan Zaimah, Suami dan juga staf NICU Putrajaya dalam situasi sebegini... Walau apa pun t/kasih atas berita terbaru ini & kami amat bersyukur di atas kurniaan Allah di atas segala ini. Rakan-rakan FP sekalian marilah kita teruskan berdoa agar kesihatan dan perkembangan Alesha pulih sepenuhnya. Amin. Tue 2-May-2006 15:11
Posted by:izzainur
zaimah....pls email me ur home add.pls sesgt.jgn hampakan.i got something to give to alesha.her name just like my baby - erisya.baby lesha....keep on be a fighter.jgn mengalah.and to both of u,banyak2 bersabar dan tabah.bersama2 kita doakan perkembangan tulang alesha.amin Tue 2-May-2006 17:11
Posted by:eris honey_fendi@yahoo.com
Alhamdulillah, gembira mendengar berita terbaru ni. Semoga Alesha terus kuat berjuang... Wed 3-May-2006 00:50
Posted by:lim vminx@hotmail.com
View all 19 comments


Wednesday, 26-Apr-2006 09:04 Email | Share | | Bookmark
Lesha dan macam org tue...

A'kum...

Kata suamiku, tadi doktor bilang, Alesha mungkin dalam tempoh terdekat ini akan dipindahkan ke wad biasa. Keadaan Alesha tidak lagi diklasifikasikan sebagai kritikal atau serius. Nanti bila dipindahkan ke wad biasa, ramai yang sekian lama menanti saat-saat untuk menatap rupa Lesha secara dekat akan datang. Terutama atuk dan nenek Alesha belah suamiku, mereka belum lagi dapat mendukungnya. Keluarga belah suamiku juga kesemuanya masih belum dapat menatapnya.

Tapi, kata doktor, Alesha masih lagi menghadapi masalah pernafasan dan tulang. Keadaan itu, hanya keajaiban atau kuasa yang Maha Esa dapat memperbaikinya. Tapi itu tidak menjadi masalah bagi kami, yang penting, Lesha ditempatkan di wad biasa agar ramai dapat datang melawatnya.

Kata doktor lagi, Alesha suka mendengar radio. Paling dia suka, bila berita radio berkumandang, dah macam orang tua anak itu. Dia akan mendengar dengan kusyuk seolah-oalh dia faham. Mungkin dia terlalu lama mendengar radio milik nurse di NICU kerana bilik Alesha bersebelahan tempat radio itu dipasangkan. Doktor pesan agar kami membawa mini radio untuknya sekiranya nanti ditempatkan di wad biasa, takut dia meragam bila tidak dapat mendengar berita .

Saya dan suami berharap, semoga Alesha dapat keluar dari hospital dan biarlah dia berada di sisi kami di rumah. Terima kasih kepada semua anggota perubatan di NICU Hospital Putrajaya. Kerana saya diberitahu anda membaca FP ini... terima kasih

Assalammualaikum, apa khabar Zaimah, suami & baby Alesha....kami sekeluarga setiap hari melihat fp ini untuk mengetahui perkembangan terkini baby Alesha. Bagaimana keadaan Alesha sekarang...khabarkanlah walau sebaris ayat jika ia tidak menyusahkan Zaimah...t/kasih. Mon 1-May-2006 12:41
Posted by:izzainur
syukur alhamdulillah pada IIahi..semoga alesha terus dikurniakan kesihatan yang baik.. Tue 2-May-2006 01:27
Posted by:Mama Najihah & Haris  - [Link]
Syukur ..alhamdulillah....moga lesha akan terus sihat....dan cepat besar....
insyallah..kalau x der aral melintang kami sekeluarga akan sampai ke sana nanti untuk melawat lesha..sekeluarga....
lesha dah pandai bergaya yerk??? comel berbaju pink....
Tue 2-May-2006 06:02
Posted by:eija mrs_shrek00@yahoo.com
View all 33 comments


Tuesday, 25-Apr-2006 08:13 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah... Alesha tiada masalah jantung

Alesha dan bunny pemberian rakan sekerjaku
Mane lagi pink.. bunny ke Lesha?
Alesha ketika menunggu giliran di IJN siang tadi
View all 6 photos...
A'kum..

Alhamdulillah, hasil dari pemeriksaan teliti oleh pakar jantung di IJN, sah Alesha tidak mengalami sebarang masalah jantung. Syukur kehadrat Allah. Sepanjang menunggu giliran untuk pemeriksaan, hati ini berdebar-debar. Dan segala debaran hilang, sebaik mendengar kata-kata pengesahan Doktor itu.

Sepanjang perjalanan dalam ambulan dari hospital putrajaya hingga IJN, kata doktor dan nurse yang mengiring, Alesha asyik meragam. Takut juga kalau-kalau dia disset semula. Tapi rupanya, Lesha mahu didukung! Dia seperti bayi lain, suka untuk didukung. Susahlah nurse yang menjaganya nanti. Mesti Lesha selalu menangis mohon untuk didukung.

Sekarang ini, hanya rahmat Allah kupohonkan agar, tulang belulang Alesha kembali tumbuh normal dan kuat. Kata doktor, tumbesaran tulangnya langsung tidak berlaku. Itu sahaja yang menjadi punca segala-galanya. Aku dan suami tetap percaya kepada ayat-ayat Allah seperti mana yang dinyata didalam Surah Yassin:

[78] Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?

[79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

As'kum...
Alhamdulillah...syukur Alesha semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Moga-moga Alesha kuat, tabah dan cepat sihat ye sayang ye...auntie kat sini akan sentiasa berdoa utk kesihatan dan kesejahteraan Alesha.
To mama n papa Alesha, bersabarlah...sesungguhnya setiap ujian yang didatangkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Saya akan sentiasa berdoa untuk kalian..
Fri 28-Apr-2006 10:20
Posted by:ibu aufa chendhawan@yahoo.com  - [Link]
Assalamualaikum dan Salam Sayang.
Abah mendoa'kan semoga Alesya sembuh dan sihat, seperti yang didoa'kan oleh semua sahabat-sahabat yang lain. Lalok dan Mmah perlu terus tabah dan berani menghadapi situasi hebat ini. Kumpulkan segala kekuatan dan terus bersabar kerana Allah sedang menguji kita dengan dugaan hati dan keimanan. Berat mata memandang pada abah dan kawan-kawan yang lain, tetapi Lalok dan Mmah yang memikul, mesti terus dengan segala kesabaran dan ketabahan demi anak yang disayangi. Kepada Allah kita berserah kerana segala sesuatu yang terjadi adalah dengan kehendakNya jua. Sejak Azali lagi nasib kita telah ditentukan, segala2nya telah tertulis. Oleh itu, teruslah berdoa' dan berdoa', semoga terjadi keajaiban yang hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya.
Salam sayang dari Abah.
Thu 4-May-2006 01:07
Posted by:Abah Din che_din@uum.edu.my
akum..semoga Allah mencucuri rahmat atas roh Alesha..dia pasti akan dijaga oleh bidadari syurga..amin..alfatihah.. Thu 11-May-2006 02:57
Posted by:dana iiumc@yahoo.com
View all 34 comments


Monday, 24-Apr-2006 07:02 Email | Share | | Bookmark
Esok Alesha ada appointment di IJN

A'kum..

Terima kasih sahabat semua. Sungguh terharu dan amat berbangga kerana saya dapat mengenali sahabat semua. Walaupun hanya melalui ruangan siber ini sahaja. Seakan pengenalan kita semua sepertinya telah berzaman, cukup akrab dan utuh.

Esok Alesha dijadualkan untuk satu pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara. Saya tidak dapat mengikutinya, hanya suami sahaja yang akan menemani Alesha di sana. Memang selama ini suami saya peneman yang setia, sama ada kepada saya mahupun Alesha. Saya amat berharap, tiada lagi berita yang mengejutkan dikhabarkan oleh doktor. Cukuplah!!!

Sebenar ada beberapa gambar terbaru keadaan Alesha yang ingin saya muat turun, namun malang, ada beberapa masalah sikit pada alatan muat turun dari talifon bimbit saya ke PC. Insyallah, sekiranya berjaya diatasi, pasti akan saya muat turun nanti.

Terima kasih sahabat semua untuk segala yang telah anda semua lakukan.

kakcik doakan supaya semuanya akan selamat ok ......... Tue 25-Apr-2006 02:33
Posted by:kakcik
Semoga ada berita baik. Semoga Alesya sembuh. Insyallah. Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui. Tue 25-Apr-2006 04:55
Posted by:Min  - [Link]
Ummi Nawwaratul pun begitu..dah 3 hari anak ummi demam panas..3 hari ni pun ummi cukup perit + simpati sgt pd mu nak..
tambah2 lagilah bb alesha & family..
mengharung suka duka bersama bb alesha

semoga sembuh bb ummi & bb alesha
Tue 25-Apr-2006 06:35
Posted by:ummi Nawwaratul alin_ppiuniten@yahoo.com  - [Link]
View all 18 comments


Wednesday, 19-Apr-2006 02:39 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih semua....

Terima kasih semua. Doa dan kata-kata semangat yang diberikan amat bermakna buat saya. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya, Dia masih mengkurniakan semangat untuk saya terus menghadapi dugaan ini. Sehingga saat yang ditentukan itu sampai, saya tidak akan putus harapan dan akan terus berdoa kepada-Nya.

Alhamdulillah juga, sehingga ke saat ini, Alesha masih lagi cergas dan sihat. Dia seperti anak-anak lain, mulai membesar dan beratnya telah meningkat 4.085 kg. Pernafasannya juga semakin teratur. Dia sudah pandai menghisap susu walaupun sedikit, dan air liurnya tidak banyak lagi menyekat kerongkongnya. Cuma, tumbesaran tulangnya masih tidak berlaku seperti sepatutnya.

Saya setiap hari bermohon kehadrat Allah, semoga dikurniakan ihsan dan rahmatNya agar; Alesha disembuhkan dari penyakitnya, memohon agar tulang-belulangnya tumbuh subur dan kuat, serta dikuniakan kepada Lesha kebolehan untuk pernafasan, menghisap susu dan meluahkan air liur dengan sempurna.

Apa yang menjadi harapan saya, cuma satu, biarlah Alesha dapat kembali ke rumah... walau apapun kesudahannya, biarlah ianya terjadi di rumah kami, ketika Alesha berada di pangkuan saya, di pelukkan saya.. biarlah kesudahan itu terjadi di rumah..........

tiada kata yang mampuku diucap.. selain sabar..
tiada cara yang mampuku fikirkan.. selain usaha + doa..
tiada daya yang mampuku lakukan.. selain tawakal..

namum semuanya.. (sabar, usaha, doa + tawakal) kepadaNya yang Maha Esa.. mampu menguatkan Alesha agar terus bertahan dan akan memulihkan keadaannya seperti insan lain yang inginkan kebahagiaan...

moga alesha sentiasa dirahmati dibawah lembayung keredhaan Illahi.. amin

is + watie + baby hani
Sat 22-Apr-2006 16:54
Posted by:iswatie..
salam.. saya terbaca coretan puan hasil fwd dari seorg teman. saya kira saya agak memahami kedukaan yang ditanggung puan dan keluarga memandangkan anak buah saya menderita penyakit yang hampir serupa. cuma mslh ank buah saya ialah jntungnya tidak cukup kuat utk mengepam oksigen dan darah ke seluruh bdn. maka alat bantuan pernafasan dipakaikan sejak umurnya satu hari lagi. rasa sayu memandang tubuh kecil (ank itu lahir tidak ckup bln) itu dililit wayar-wayar mesin di hospital. paru2 nya juga terkena jangkitan yang serupa dan ank itu juga tidak dpt meluahkan air liur dan kahaknya. hnya doa yg dipanjatkan oleh kami seisi keluarga dan alhamdulillah ank itu akn keluar dari hospital (sblm ini di ccu) tidak lama lg ttp masih bergantung kpd mesin pernafasan yg dipinjamkan oleh pihak hospital utk dibawa pulang ke rumah. Mon 24-Apr-2006 03:22
Posted by:anonymous
Assalamualaikum zaimah...
saya dpt tau fp zaimah ni dr seorg kawan..sprt biasa setiap kali saya dpt apa2 w/site,fp,blog yg baru saya akan lawat...bila saya buka fp zaimah...saya igtkan ianya sprt yg lain yg biasa saya lawati..tp...bila saya baca...YA ALLAH!!!! kasihan sungguh si comel ini...sedih hati saya membaca cerita zaimah terutama "Bila Izrail Menjemput"...sayu hati saya...saya juga seorg ibu kepada seorg cahayamata lelaki...alhamdulillah...dia membesar dengan sihat hingga kini...saya tau...semua ibu ingin melihat anak mereka membesar sihat di depan mata...tp mungkin ini ujian tuhan pd zaimah....saya harap zaimah tabah...mengalir air mata saya membaca setiap coretan zaimah...'tabah sungguh alesha menghadapi dugaan ini...saya harap zaimah juga setabah alesha....smoga tuhan melindungi dia....teruskan coretan zaimah agar kami tahu perkembangan terkini alesha....."YA ALLAH!!!! KAU LINDUNGILAH ALESHA...KAU LIMPAHKANLAH RAHMAT MU KE ATASNYA.....BERILAH KESEMPATAN PDNYA UNTUK MENGENALI IBU DAN BAPANYA....KUATKANLAH SEMANGATNYA DAN JUGA SEMANGAT IBU BAPANYA UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN INI...AMIN....."
Tue 25-Apr-2006 08:37
Posted by:mama mierul ladybird9105@yahoo.com
View all 25 comments


Monday, 17-Apr-2006 00:38 Email | Share | | Bookmark
Bilakah Izra'il datang menjemput...

Alesha Abriza.......
A'kum...

Saya sudah tidak punya daya untuk menaip lagi, sudah kehausan idea untuk mencoret, telah kekeringan keceriaan untuk menyinar.... Saya tidak mampu lagi untuk mengambil gambar Alesha untuk dimuaturun dalam FP ini kerana tidak mampu untuk memetik punat handphone.

Doktor telah memanggil suamiku dan memberikan kata-kata yang paling ditakuti oleh setiap ibu bapa. Kata Doktor keadaan Alesha walaupun sihat dan stabil, berat badannya terus meningkat, namun sebenarnya, tulang Lesha tetap tidak berubah. Keadaan tulangnya tidak membesar, malahan semakin mereput dan rapuh. Kata doktor lagi, ketibaan izrail datang menjemput pasti akan berlaku cuma saat dan masanya tidak diketahui. Doktor memberikan pilihan kepada suamiku, sekiranya sampai saat Alesha disset semula, suamiku harus membuat pilihan.... 1. Meneruskan bantuan hayat Alesha dengan mesin ventilator dan Lesha akan terus disakiti dengan tusukkan jarum dan bekalan ubat-ubatan yang memahitkan; atau 2. Memberikan Alesha bantuan oxigen secara biasa sehinggalah ketentuan Allah tiba dan izrail melaksanakan tugas yang diamanahkan padanya...

Berat sungguh pilihan yang diberikan kepada kami untuk dipilih. Terlalu berat!!!! Allah..........

~Sahabat semua, sekiranya FP ini menyepi buat beberapa ketika, saya harap sahabat semua faham bahawa saya sudah tidak punya kudrat untuk mencoret lagi...

m'mah
ko sungguh tabah menghadapi dugaan yg maha hebat ini..
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnye..
Ini semua ketentuan-Nya..
Allah itu adil..
Dia "tarik" disini..Dia "beri" disana..
Alesha pasti akan menjadi bidadari yg menantimu dipintu syurga..


Wed 19-Apr-2006 02:14
Posted by:ayied-ajib
Dear zaimah,
Sayu sungguh rasa hati bila membaca coretan zaimah kali ini. Pilunya tak terkira, kesedihan tak terbayang, airmata tak terbendung namun doa tak pernah putus. Saya dan family akan sentiasa mendoakan agar zaimah & suami terus tabah meneruskan hidup ini, with...or without Alesha.
Kematian itu suatu yang pasti buat semua yang bergelar manusia, cuma masa dan ketika hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sentiasa panjatkan doa agar 'kepulangan' kita kepadaNya nanti dalam kerahmatan. Ibu saya pernah kehilangan 2 bayinya (twin), tetapi terus tabah kerana dia yakin akhirat adalah tempat pertemuan yang abadi, dan anak2 itu akan menantinya disana. Maka apa jua yang berlaku selepas ini, samada baik atau buruk, zaimah & suami redhakanlah.
Saya harap zaimah akan terus meluahkan isi hati di FP ini, kerana memang ramai yang mengikuti perkembangan si kecil Alesha. Semoga ada sinar yang menanti, insyaALLAH.
Everdearest Alesha, you hold a special place in our heart.
Wed 19-Apr-2006 03:31
Posted by:Mama Ammar n Family  - [Link]
zaimah,
bersabarlah...tabahkanlah hati untuk menghadapi dugaan...saya faham dan mengerti akan perasaan you dan suami bila mendengar kata-kata doktor tu kerana saya dan suami pernah melalui situasi yang sama bila doktor memberitahu bahawa baby saya tiada harapan lagi untuk diselamatkan...
Apa yang yang perlu ialah ambillah peluang yang ada untuk bermanja dan memberikan kasih sayang serta perhatian yang mendalam kepada your baby...
You got to be strong...
Sesungguhnya bila janji ALLAH itu tiba, kita sebagai hambaNYA haruslah redha..
Fri 28-Apr-2006 03:17
Posted by:zai zaielee_m@yahoo.com
View all 45 comments


Thursday, 13-Apr-2006 08:32 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih kak Ayu

Sumbangan rakan kami - Rahayu Nasikon
Terima kasih Kak Ayu untuk sumbangan wallpaper nie. Jasa Akak pada kami terlalu banyak. Terima kasih sekali lagi.

semoga cepat sembuh Sat 15-Apr-2006 14:39
Posted by:KNizam  - [Link]
Hi Alesha, we share the same name and birthday. Be strong and get well soon. Sun 16-Apr-2006 15:42
Posted by:Lana Alesha  - [Link]
comelnya anak buah uncle, tak sabar rasanya nak bawa dinnie jumpa kakaknya ni.......... Tue 25-Apr-2006 10:30
Posted by:abgsham kedah
View all 4 comments


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.