|
|
| Friday, 27-Jan-2006 03:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Entah la...
|
|
Semalam bila gi lawat Alesha, dia kelihatan sihat, cergas, bergerak ngan aktif, dan memandang-mandang sesuatu (entah apa yang dipandangnya tak tau la)... Lesha dah semakin berisi, walaupun aku hanya mampu menyusukannya selama dua hari sahaja.. mungkin susu formula hospital tu dari jenis yang baik.
Gembira sungguh bila lihat Alesha cergas. Kata doktor, mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun. Apa yang menyebabkan Lesha terus ditahan adalah kerana Lesha tak mampu bernafas dengan sendiri. Kata Doktor lagi, bila Alesha pandai bernafas sendiri, Lesha boleh pulang ke pangkuan kami. Alesha tolong la mama, bernafas la, mama rindu Lesha.. bernafas la semoga nanti Lesha boleh pulang... Ya Allah, turunkan Rahmat Mu, tunjuki la anak itu agar dia boleh bernafas dengan sendiri nya....
Tapi itu semalam... hari ini lain pulak cerita nye. Tadi Doktor bagi tau Alesha dijangkitan semula kuman pada paru-parunya. Allah cukup la, sudah tidak termampu lagi anak itu menanggungnya. Alesha diberikan antibiotik semula bagi mengawal kuman pada paru-parunya. Tolong la Ya Allah!!. janganlah lagi ditambah derita anak itu. Ya Allah, sekiranya kegembiraan Nabi-nabi Mu, Malaikat-malaikat Mu atau hamba-hamba Mu yang Kau inginkan, maka sembuhkanlah anak ku itu, sihatkan lah tubuh badannya, kurniakan lah rahmat Mu agar dia mampu bernafas dengan sendirinya, kukuh serta tumbuh suburkan lah tulang-benulangnya, kerana sesungguhnya kau berkuasa ke atas hamba Mu... tetapi sekiranya kegembiran musuh-musuh Mu yang kau inginkan, maka sesungguhnya tiada lah lagi daya bagi ku untuk melawan, kerana sesungguhnya Kau berhak ke atas segalanya.....
terlalu merindu Alesha
~Zaimah
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akhirnya berita itu benar....
|
|
Tadi kami dipanggil untuk berjumpa doktor. Ujian lanjut yang dibuat sekali lagi oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Ujian oleh Pakar Hospital Seremban dan Ujian Pakar Hospital Putrajaya mengesahkan Alesha mengalami simptom bagi penyakit HYPOPHOSPHATASIA. Penyakit yang berkait rapat dengan kekurangan kandungan Alkaline Phosphatase (ALP). Hanya itu sahaja yang kurang dalam badan Lesha.... yang lainnya normal... dan hanya itu sahaja dianosis yang terhampir dengan masalah kekurangan ALP itu.
Dr. Siti dan Dr. Fauziah, pakar yang bertemu kami menerangkan segala-galanya. Dari apa yang kami faham, kepakaran perubatan telah sampai ke penghujungnya dalam merawat penyakit ini. Segala-galanya sekarang ini terletak di tangan Allah. Segala-galanya di tangan Tuhan yang menjadikan, menghidupkan dan kemudiannya mematikan Alesha bila sampai masanya nanti. Malahan kita semua terletak di bawah lindungan dan rahmat Nya.
Sekurang-kurangnya Allah telah memberikan rahmatNya kepada saya untuk mengecapi keindahan dan kenikmatan menjadi seorang ibu (pinjam kata-kata suami ku). Memang betul, Allah telah mengizinkan saya merasa keseronokkan ketika mendapat tahu saya telah hamil. Kemudian diberiNya rasa mual, pening, muntah sepanjang 3 - 5 bulan saya mengandung sehingga saya terpaksa ditahan di wad 3 kali kerana mengalami morning sickness yang servere..
Allah turut telah memberikan rahmatNya pada saya untuk merasa debaran menanti saat-saat melahirkan. Alhamdulillah, terlalu mudah saya merasai kepayahan melahirkan Alesha. Sakitnya hanya sebentar, lahirnya hanya dalam masa 2 minit.. Sehingga sekarang, langsung saya tidak teringat dan tidak dapat mengenangkan kesakitan dan kepayahan melahirkan Alesha. Mungkin Lesha tahu, dia tidak mahu menyusahkan ibunya ini ketika dia lahir ke dunia.
Keadaan Lesha sekiranya dilihat secara luaran dia stabil dan cergas, cuma masalahnya dia langsung tidak mampu untuk bernafas sendiri. Masalah penyakit hypophosphatasia itu tidak ada rawatan setakat ini, dan kata doktor, mungkin Lesha merupakan pesakit pertama mengidapinya di Malaysia ini!!!! Kata doktor lagi, tidak ada apa yang mampu mereka lakukan. Hanya berharap Alesha mampu bernafas dengan sendiri dan sekiranya dia mampu nanti, Lesha akan pulang ke pangkuan kami. Hanya itu sahaja objektif utama sekarang ini.
Tak pa la... walaupun apa kesudahannya nanti, kami terima pemberian Allah ini dengan penuh syukur dan akan kami jaga sebaiknya selagi ada hayat di badan. Kerana sesungguhnya, rahmat Allah telah terlalu banyak buat kami, dan kami tidak mampu untuk menidakkannya....
Allah limpahkan RahmatMu
~zaimah
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 24-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coretan Kasih anak ku
|
|
Doktor dah stop pemberian ubat (yang lebih merupakan antibiotik dan vitamin aje) pada Lesha. Dari medical chart, jelas ubat telah diberhentikan pada 22hb Januari lagi. Tanda-tanda serangan sawan pun telah lama tidak kelihatan sejak 6hb Januari jam 5.00 pagi. Kelihatannya Lesha semakin pulih. Lesha telah sedar, telah mula mengerak-gerakkan tangan dan kaki. Lesha telah mula melihat muka ibu nya ini. Hati ibu mana yang tidak sayu melihat perubahan ini... bercucuran air mata melihat anak yang dikandung itu semakin cergas dan sihat. Ya Allah... sembuhkan la anak ku itu, aku memohon dari Tuhan yang Maha Menjadikan, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, dan Maha Menyembuhkan...
Tapi kelmarin, 23hb Januari, kelihatannya Lesha seperti susah sangat nak bernafas. Kata Doktor dia seperti tidak dapat menyedut nafas sepuasnya. Sepatutnya, bantuan pernafasan dari mesin 30%, Lesha seharusnya bernafas sendiri melebih 70%.. tapi yang kelihatan Lesha hanya bernafas sendiri sekitar 30-40%. Badan dan kepala Lesha dinaiki ruam, kelihatan dia kegatalan dan kepayahan... Mengigil-gigil tangan dan kaki Lesha sama ada menahan sakit dek kegatalan ruam atau mungkin dek kerana kurangnya pernafasan... entah la... menitis semula air mata ini kelmarin bila melihat keadaan Lesha... Ya Allah, cukupla kesakitan yang ditanggung anak itu... tolong la Allah, sembuhkan la....
Ujian Darah dan Metabolisma yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan telah keluar. Berbalang-balang darah kami (saya, suami dan Lesha sendiri) diambil untuk diuji. Alesha turut diambil air kencing bagi tujuan ujian dan kajian. Keputusan yang keluar, kesemua kami adalah NORMAL !!! Ya... kami adalah manusia normal... Tapi ketentuan Allah menghendaki sebaliknya.. Anak kami sakit.. sakit yang tidak diketahui puncanya.. Mungkin ini adalah hukuman atas dosa kami, mungkin ini adalah ujian kesabaran, mungkin juga ini adalah kifarah yang dinyatakan sebagai penyelamat hari pembalasan... hanya Allah sahaja mengetahuinya
Apa yang pasti, anak kami Alesha telah bernafas dan berada di muka bumi ini selama 41 hari... tetapi 32 hari daripada usianya dihabiskan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Putrajaya
zaimah
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coretan 16 Januari 2006
|
 |
|
Keadaan Alesha pada 15 Januari 2006, genap 30 hari usianya
|
|
|
Lama sungguh tidak mencatatkan sesuatu di sini. Saya tidak berapa sihat, tambahan keadaan diri yang telah bentan dan dua kali tumpah darah. Bersyukur ada suami yang tabah dan cukup cekal... Tak terbalas jasanya pada ku.
Semalam 15 Disember, kami melawat Alesha. Dia kelihatan semakin baik. Jangkitan Kuman yang menjangkiti paru-paru sebelah kiri dan sebahagian paru-paru kanan telah berjaya dikawal. Bagai hampir luruh jantung bila doktor kabarkan berita tersebut selasa lalu... Ya Allah, cukup-cukup la kesakitan dan penderitaan anak ini.... tolong la Allah....
Paling mengemparkan bila aku mendapat berita dari hospital mengarahkan kami datang segera ke sana. Waktu yang dipilih utk perkabaran tersebut sampai adalah terlalu menyesakkan nafas... bayangkan talipon berdering di pagi hari raya korban, ketika suami ku sedang khusyuk bersembahyang raya... hospital talifon agar kami datang segera kerana anak kami perlukan pertukaran darah.. dan pilihan yang ade adalah aku..... hampir pengsan dibuat nya
Tetapi semalam, alhamdulillah, setelah segala usaha pihak hospital lakukan, kejayaan telah menampakkan hasil nya. Alesha tidak lagi dibekalkan makan secara drip, dia telah diberikan susu sepenuhnya. Alesha cukup cergas dan telah boleh menbukakan mata nya. Hati ibu mana yang tidak luruh bila anak kecik yang dikandungnya selama 9 bulan membukakan mata dan tajam memandang kepada ibunya tak kala nama nya disebutkan... luruh air mata bila melihat anak ku sudah boleh membukakan mata dan mengerak-gerakkan tangan dan kaki nya... Allah... sembuhkan la ...
Aku sempat merakamkan detik-detik itu. Ingin ku kongsikan pengalaman ku ini kepada semua sahabat dan rakan-rakan semua, tetapi malang nya fotopages ini tidak mengizinkan attachment dari format lain selain Jpeg atau JPG sahaja. Namun apa yang dapat ku kembarkan di sini adalah sekeping gambar Alesha setelah dia genap berusia 30 hari pada 15 Januari 2006. Teruskan doa anda untuk kesihatan dan kesejahteraan anak kami.
~Zaimah
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 7-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coretan 7 Januari 2006
|
 |
|
Alesha tenang menghadapi dugaan
|
|
 |
|
Anak ku Alesha, tabah la..
|
|
 |
|
Aku terharu dengan ketabahan suamiku...
|
|
|
Tadi kami melawat Alesha. Keadaannya seperti baby comel yang sedang tidur, aman, tenang tanpa sebarang kerisauan. Alangkah indah kalau dia sihat seperti baby yang lain. Tapi baby kami istimewa, tidak seperti yang lain.
Kami terjumpa kajian tentang penyakit nya di internet. Mungkin ye mungkin tidak, tapi ini la kesimpulan yang paling hampir bagi pakar - http://www.emedicine.com/ped/topic1126.htm
Allah kuatkan la Alesha dan sembuhkan la ia demi ihsanMu.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anakku Alesha Abriza bt Shamsul
|
|
coretan 3 Januari 2006...
A'kum...
Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandungkan anak perempuan pertama kami Alesha Abriza bt Shamsul pada 15hb dis 2005 jam 7.35am seberat 3kg.
Saya mula rasa sakit pada jam 4++am... pada mulanya saya sangka saya sakit nak membuang. Jadi saya bergegas la ke tandas. Jadi memang benarla saya sakit perut. Tapi sakit itu masih berterusan. Orang kata sakit nak bersalin ni selang2 5 minit... tp saya sakit berterusan, masa tu suami saya dah panik, jadi terus hantar saya ke hospital putrajaya. Sampai di sana dlm jam 5++am. Sesampainya disana saya terus melakukan prosedur biasa, ambil berat, tekanan darah... walaupun saya menahan sakit... nurse check bukaan baru 2cm... dalam hati saya... Ya Allah baru 2 cm ker... rasa mcm nak beranak sgt dah nih...
Selang dlm 15minit Doc pulang datang utk check bukaan... doc check dah bukak 4cm... masa tu sy bersyukur sgt! doc terus pecahkan air ketuban dan suruh saya membuang apa yg patut. Kebetulan hari tu ramai org yang bersalin jadi saya kene tunggu bilik kosong dan dikemaskan. dalam pukul 6++am baru saya dpt ditempatkan. Masa tu punyalah saya menahan sakit. Nurse suruh saya bersabar sbb baru buka 5cm, dan nurse keluar utk panggil suami saya. Dlm pukul 7++, suami saya masuk dan usap kepala saya, masa tu saya rasa lega sangat dan kekuatan saya sampai utk menahan kesakitan.
Kemudian, kebetulan seorang nurse masuk utk ambil barang, masa tu saya pelik tiba2 nurse dah kelangkabut panggil kawan dia. Rupa2nya rambut baby dah nampak... mmg dah nak keluar sgt dah!... nurse suruh saya teran... dlm menahan sakit tu saya teran ajer la. dlm masa 5 minit dengarla baby menangis... Alhamdulilah macam x percaya ajer saya dah selamat melahirkan seorang baby girl.
Paling menyeksakan adalah waktu nurse jahit tempat2 yg terkoyak. Mmg mengerikan!
Apa yg pelik saya tgk anak saya masa tu... dia tak pandai menyusu badan... mengisap putin botol pun dia x pandai... terpaksala sorok2 dari doc bagi dia susu formula sbb bimbang dia kelaparan.
Saya dibenarkan pulang pada keesokan harinya 16hb selepas sembahyang jumaat.
Setelah 2 hari di rumah, baby saya mulanya telah di masukkan ke Wad NICU Hospital Putrajaya, pada 19 Disember akibat deman jaundice (kuning). Masa dimasukkan tahap kuning dalam darah 381. Setelah empat hari di wad, pada 23 Disember baby telah dibenarkan keluar setelah tahap kuning turun 194.
Pada petang 23 Disember jam 9.30 malam, baby mulai menangis dan mengalami kembung perut, kami telah bawa ke private klinik dan disahkan kembung perut. Namun selepas dibawa pulang, jam 3.00 pagi baby menangis lagi dan sekali lagi dihantar ke ER, Hospital Putrajaya, selepas di X-Ray and check-up sekali lagi disahkan kembung perut dan dibenarkan pulang. Keadaan masih tidak berubah pada jam 7.30 pagi 24 Disember dan kami membuat keputusan untuk dibawa berjumpa bidan di N. Sembilan. Namun dalam perjalanan, keadaan baby yang menangis telah menyebabkan baby sesak nafas, muka dan bibir menjadi biru. Kami terus membawa ke Hospital Seremban dan pihak hospital mengklasifikasikan kes sawan dan ditahan di NICU. Doktor menyatakan punca sawan adalah mungkin disebabkan oleh jaundice atau jangkitan kuman sama ada dalam darah atau selaput otak.
Setelah semua ujian dijalankan, termasuk x-ray, blood-culture, brain scanning, masih tidak diketahui punca sawan tersebut dan segala-galanya normal. Setelah tiga hari di Hospital Seremban, 26 Disember kami minta tukar sama ada ke HUKM, HKL atau Hospital Putrajaya. Cuma Hospital Putrajaya saja pada masa itu ada katil, maka baby dihantar ke sana. Pada 3 Januari, Doktor akan menjalankan CT Scan untuk membuat brain scanning yang lebih detail untuk tujuan mengenalpasti punca sawan. Buat masa ini, baby diberikan antibiotik bagi tujuan melawan kuman yang dirasakan menyerang selaput otak. Hanya air tulang belakang sahaja satu-satunya prosedur yang masih belum dijalankan bagi tujuan memastikan teori doktor bahawa sawan tersebut disebabkan jangkitan kuman.
Dari sudut tradisional pulak, kami telah berjumpa dengan tiga orang bidan kampung, semuanya menyatakan bahawa baby kami sebenarnya kena Keteguran/sampuk makhluk halus berdasarkan keadaan mata baby yang melilau-lilau, terjegil-jegil, terbeliak dan anggota badan yang mengigil-gigil. Entahlah mana yang betul, hanya Allah yang Maha mengetahui....
Sehingga sekarang Doktor masih lagi tidak tahu punca-punca baby kami mengalami sawan dan masih mencari punca. Kami akan terus berdoa dan berharap agar baby kami selamat dan sihat. Mohon kekawan semua dapat turut mendoakan bersama bagi kesejahteraan baby kami.
Coretan 4 Jan 2006
A'kum..
Keadaan baby kami semakin serius. Dia sekarang diletakan dalam keadaan fully ventilation. Dr. telah memasukan 4 type ubat anti-sawan and double-up dose. Ujian CT Scan pun mengesankan brain structure is normal and no abnormal brain fluid. Blood-culture yang dibuat sekali lagi juga normal. Beberapa ujian metabolism juga telah diambil, few of it came out normal, tinggal beberapa lagi yang masih belum diterima dari Ins. Penyelidikan Perubatan.
But yesterday, new finding came out, the sound of heart of baby didapati abnormal, mungkin ada masalah jantung. Plus they also found out long bone of both legs and hands abnormal. It look like those bone dimakan virus or may be because of rickets, but ujian mineral dapati kandungan kalsium normal!
Kami dah buntu, and now the Dr. going to send her to Selayang for MRI and akan membuat prosedur mengambil air tulang belakang!
Segalanya terserah pada ketentuan Allah......
Coretan 5 Jan 2006
Akhirnya Dr. dapati masalah tulang tersebut disebabkan tahap ALP dalam tulang yang rendah. Tulang anak kami semakin mereput dan tidak tumbuh dengan normal. Semoga Allah mengasihi Alesha dan melimpahkan ihsan Nya bagi keselamatan dan kesembuhan untuk Alesha.
Coretan 6 Jan 2006
Seawal 6.00 am kami sudah bergegas siap untuk ke hospital. Semalam Dr. dari Putrajaya menghubungi kami memberitahu yang mereka memerlukan sample darah kami utk menentukan punca penyakit anak kami. Manalah tahu ada penyakit keturunan. Kata Dr. lagi penyakit ini adalah yang pertama di Malaysia jadi mereka perlu masa untuk mendapatkan jawapan.
Sayu melihat tubuh Alesha terbaring lesu. Mata ditutup rapat... lemah... seakan tiada daya lagi untuk menangis. sekali sekala dia menggerakkan badan, tangan dan kakinya apabila disentuh. Mungkin dia tahu yang Mama dan Papanya datang menjenguknya. Sebak melihat tapi tak terdaya melakukan apa-apa selain dari memandang dan mengusap dahinya. Hati dah berjanji tidak akan menitiskan air mata di depan Alesha lagi dan hanya memberikan senyuman walaupun pahit...
Walaupun Dr. mengatakan berkemungkinan hayat Alesha tak panjang. Kami tetap panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Alesha selamat.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar aku yg dah berisi uisss... tembam betul la
|
|
ini ler rupaku yg terkini... adusss ... tembam betul... kembang sana sini...
agak2nya boleh ke kurus balik dlm pantang nih... aduss pening2
bulan depan aku dijangka bersalin... aduss... berdebar2 rasanya hati... huhu
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dalam Kenangan
|
|
Gambar2 kenangan... bersama suami, mak abah dan adik2 di putrajaya... dan gambar2 yang lain...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
majlis perkahwinan
|
 |
|
bersama adik2 dan anak buah
|
|
 |
|
bersama maya n de geng
|
|
 |
|
malam makan satey... bersantai2 di tangga
|
| | View all 17 photos... |
|
walau semua gambar ni dah lama... tp masih segar dlm ingatan ku... ahaaaaa
|
|
|
|
|