Want your
own Fotopage?






 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-Jul-2006 05:35 Email | Share | Bookmark
Hari Ini, 1 Julai 2006 - Genap 50 Hari Pemergian Alesha

MY PC
Office
"Saya Yang Menurut Perintah"
Kenangan untuk diri sendiri
A'kum...

Hari sabtu begini, terasa bosan duduk di rumah. Lebih-lebih lagi tiada anak untuk bermanja. Ingin rasanya mengajak suami berjalan-jalan, tapi kemana hendak di tuju? Ke Jusco? Mid Valley? The Mines? Sunway Lagoon? Desa Water Park? Port Dickson?.. semuanya amat membosankan

Seawal pukul 9.00 pagi suamiku mengajak kami ke tanah kuburan. Kata suamiku, hari ini genap 50 hari arwah meninggalkan kita. Patutlah sepanjang malam tadi saya amat sukar untuk melelapkan mata. Sepanjang malam saya teringatkan Alesha. Teringatkan senyumannya. Tangisnya. Sakitnya. Saya cuba membayangkan rupanya. Cuba merasakan sentuhan kulitnya. Cuba menikmati bau kebayiannya. Kerana saya amat takut! Takut yang saya akan melupakannya.

Tadi pagi di tanah kuburan, ada lagi satu kuburan baru. Kuburan kecil. Anak siapakah yang baru dikebumikan itu. Mungkin ibu dan bapa anak kecil itu merasa amat sayu dan pedih berpisah dengannya. Saya amat tahu akan perasaan itu. Kerana perasaan itu telah wujud dalam diri saya selama 50 hari ini. Sudah hampir terubat kepedihannya, namun kenangannya tidak mungkin akan hilang. Saya mendoakan al-Fatihan pada anak mereka itu. Moga anak itu akan aman di sana dan bertemu dengan Alesha dan mereka akan berkawan rapat nanti.

~Ya Allah.. tenangkanlah hati ini

Zaimah....tabahkan hati...dan kuatkan semangat........ Sat 1-Jul-2006 07:51
Posted by:quisqute
mama alesha.. tabahkan hatimu.... Sat 1-Jul-2006 08:49
Posted by:makitik
saat membaca airmata tidak dapat berhenti dari berlinang. saat menulis hati terasa sayu yang amat sangat. saat mengenang si comel yg telah pergi, bagai dirobek pisau jiwa nan pilu ini. saat berdoa, terbayang senyuman alesha utk saya yg tidak pernah dikenalinya slama ini. alesha mengucapkan terima kasih. alesha membisikkan dia bahagia di sana. saat ini... saya mohon ketabahan yang paling kuat. kalau saya ada disisi zaimah, pelukan saya tidak akan pernah terlepas. insya Allah, pelukan itu akan sampai kelak. al-fatihah~ Sat 1-Jul-2006 13:18
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
Al-Fatihah... Sat 1-Jul-2006 16:44
Posted by:Zie  - [Link]
Bersabarlah m'mah, aku yakin satu hari nanti DIA akan memberikan gantinya...insyaallah.... Mon 3-Jul-2006 00:37
Posted by:eija mrs_shrek00@yahoo.com
tipu la kalau saya katakan saya tak rasa sedih. sayu rasanyer hati saya. terbayang-bayang dalam fikiran saya wajah alesha. walau hanya beberapa minit saya luangkan masa bersama alesha, kenang tersebut akan tersimpan kemas dan rapi dalam ingatan saya. inshaAllah, saya dan zizie akan ke sana, menziarahi dia. Mon 3-Jul-2006 01:24
Posted by:anna  - [Link]
baca tulisan zaimah membuatkan rynn terfikir, org yg sangat sukar mendapat anak diuji tuhan apabila mereka memperolehinya...adakah mereka tergolong dalam golongan yg tabah, tapi yg mudah perolehinya tak menghargai..... membuang bayi mereka, meninggalkan anak kecil dijalanan... malah ibu bapa seperti kita selalu merungut bila sikecil menangis atau merenget tak selesa.... sebab tue yg kekadang rynn tgk my hubby rungutkan...kekadang terdetik dalam hati rasa rimas bila si kecil merenget tapi cepat2 rynn padamkan perasaan tue terus salurkan perasaan kasih yg tak mendalam...pengalaman zaimah mengajar rynn bersyukr satu perkara yg banyak parents terlupa.... Mon 3-Jul-2006 01:26
Posted by:errynn liana_adhlin@yahoo.com.sg
sayu hati ini tatkala membaca coretan zaimah....sabarlah zaimah...sentiasalah kirimkan al-fatihah pd arwah alesha...moga lesha tenang d sana sayang...moga 1 hari nanti zaimah akan d beri ganti lesha...kami d sini sentiasa mendoakannya...

al~fatihah buat lesha tersayang......

~mamamierul da' cute.....
Mon 3-Jul-2006 01:33
Posted by:mama mierul ladybird9105@yahoo.com  - [Link]
kehadiran Alesha walau hanya sebentar begitu mengharukan perasaan keibuan saya...ketabahan zaimah mengajar saya sesuatu yang tak mungkin dapat diperolehi dimana²...sabar...Allah lebih sayangkan dia...mungkin zaimah lebih tabah menghadapi kehilangannya dari melihat dia menderita kesakitan...Allah Maha Mengetahui....

Al-Fatihah Buat arwah Alesha...
Mon 3-Jul-2006 02:15
Posted by:nanie cinggit@yahoo.com
assalamualaikum...
terasa cepat masa berlalu,kan? Tapi kenangan bersama lesha terasa baru lagi..
Emah, tabahkan hati k. Insya-Allah berkat doa dan kesabarn tentu saja Allah mengubati kelukaan itu dan mengurniakan anak yang lain..insya-Allah.
Mon 3-Jul-2006 02:41
Posted by:ibuhazique umie_adam27@yahoo.com
Hi Zaimah,

Though we've never met, somehow, you and I and the rest of other online mothers are connected. We feel so close to you - all because of a beutiful girl named Alesha. She's a gift sent from above to remind us how important sisterhood is. How important memories are... She's the one who brought us all together. And, for Alesha, we will always be here for you.

You thought us to be strong, to hang on to the memories and never to give up on hopes. Kita tahu, setiap yang terjadi ada hikmah di sebalik ketentuanNya. Semoga kita akan terus menjadi tabah untuk menghadapi setiap dugaanNya... Dan memori-memori yang pernah kita lalui sebelum ini menjadi dasar untuk kita meneruskan sisa-sisa perjalanan hidup ini...

Memory of Alesha will go on. Al-Fatihah...
Mon 3-Jul-2006 08:38
Posted by:fz!  - [Link]
Saya pun masih terkenangkan Alesa Abriza... entah kenapa... pada 1hb Jun saya menimang cahaya mata seorang puteri... saya berikan nama Nur Hasya... hampir dengan nama sebutan Alesa... setiap kali memandang Nur Hasya pasti terkenangkan Alesa... Mon 3-Jul-2006 12:06
Posted by:puzian  - [Link]
semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnye.....setiap yg pergi pasti ader pengganti...
semoga emah tabah dengan ketentuan ilahi ini....
Tue 4-Jul-2006 00:41
Posted by:ejad sharizad@bppsm.jpm.my  - [Link]
Zaimah.... saya tak tau nak cakap apa... baru semalam saya gembira sebab dapat belikan Alya mainan baru.. tapi hari ini saya terasa sedih sebab saya terkenangkan Alesha... sabar ye zaimah... itu sahaja yg saya boleh katakan.. kuatkan semangat.. semoga zaimah dikurniakan pengganti... saya doakan Alesha tenang dan gembira di sana..... al Fatihah... Tue 4-Jul-2006 01:23
Posted by:lenny chomells@gmail.com
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh alesha..........al fatihah.. Tue 4-Jul-2006 04:44
Posted by:Ibu balqis effara@digi.com.my  - [Link]
x terkata. terlalu sayu hati ni melihat dan mmbaca kisah anakmu. bersabarlah syg. moga anakmu dirahmati olehNYA. Insyaallah Tue 4-Jul-2006 06:13
Posted by:umi dd cathy_19812000@yahoo.com
sabar laa.... akak paham... jiwa rasa kosong... fikiran tak menentu... senyum pun tawar.. tapi.. zaimah kena kuatkan semangat... maybe this is good time kalau nak pegi holiday.... relaxkan minda.... jgn terlalu berfikir... nnt badan lemah... Tue 4-Jul-2006 06:47
Posted by:yatt
al-fatihah untuk Alesha Abriza..
mmahh... jgnla camtu.. sedih dengarnye.... kuatkan semangat,,, tabahkan hati... zaimah adalah antara mama yg terbaik... lesha pasti berbangga.....
maybe elok mah gi bercuti... one of the best way utk relaxkan minda... pegi kawasan pantai ke... akak rasa zaimah ngan along dah terlalu letih selama ni... berilah sedikit ruang untuk diri sendiri berehat....
Tue 4-Jul-2006 07:00
Posted by:ell ellymarinazani@yahoo.com.my
zaimah...
fikir positif ya...at least mah dah diberikan ALLAh untuk melengkapi kejadian wanita iaitu menjadi ibu...
Mah pun sempat pakai lesha semua baju dan peralatan baby yg mah belikan utk lesha...
sedangkan ramai lagi parents yg anaknya meninggalkan dalam kandungan...
mahupun sewaktu dilahirkan...
Mah tabah ya sebab rynn yakin mah seorang yg tabah...
sesungguhnya sabar itu yg meninggikan darjat manusia disisi ALLAH
Wed 5-Jul-2006 02:05
Posted by:mamaHadif liana_adhlin@yahoo.com.sg
assalamualaikum zaimah..
saya baru membaca page ini hari ini.. terlalu sebak rs dihati biler membacanya page demi page.. tersentuh hati ibu ini... mengalir air mata tidak dpt dithn lg.. apatah lg zaimah yg menanggungnye.....
zaimah seorg yg tabah.. Allah tidak akan membebankan hambanye dgn apa yg tidak mampu ditanggungnya..

tabahkan hati dan tenangkan fikiran.. semua yg berlaku ada hikmah di sebaliknya

~al-fatihah utk alesha~
Wed 5-Jul-2006 04:17
Posted by:maya irm3979@yahoo.co.uk
Salam sayang buatZaimah & laloque..... Not a day pass by without the thought of you in my mind.. , You have been so quiet .. I must have hurt you so badly.. I'm sorry... Alesha's beuatiful face while in your arm still lingers in my mind .. I miss her so much .. I miss you guys too.... Please forgive me for hurting your feeling while you are still in sadness.... Wed 5-Jul-2006 08:32
Posted by:Sahabat - Hasmah
Assalamualaikum wbt..Buat Zaimah & suami..takziah & Al-Fatihah buat Alesha..Saya membaca FP ini..dua bulan yg lepas..semasa arwah masih ada..dan tak sangka..kunjungan saya kali ini...rupa2nya arwah telah pergi...hati saya betul2 tersentuh! Sabar & tabahlah hadapi dugaan Tuhan ini..Hanya Dia shj yg tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya...saya pasti Alesha sedang menunggu ibu & ayahnya di pintu syurga...Ameen. Thu 6-Jul-2006 06:22
Posted by:::Auntie Mimie~Arissa's mummy:: naylius@yahoo.com  - [Link]
aii zaimah... klau bosan sesangat i cadangkan p Colmar Triopical Bukit Tinggi sejam lebih jer. ..heheeh cam menarik sbb br p la....p la main paintball ker. ...main rabbit ker.. . best ka.... leh lupa seketika segala yg lara itu insyaallah......kami yg tahu keadaan zaimah ni senantiasa doakan ketenangan mu.....ceria selalu ek...babai sis Thu 6-Jul-2006 09:18
Posted by:baizura_kim,eXuUm baizura_kim@yahoo.com
sabar ...
:: "Capturing the moments and blooming of colours"
:: http://www.hasnizamhashim.com
Sat 8-Jul-2006 15:20
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
tabahkan hatimu...walaupun umurku jauh lebih muda darimu tapi ingin ku beri kata2 semangat untukmu agar meneruskan sisa2 hidup kita ini....yang pergi tetap pergi yang ada hanya menanti saat pemergian ke sana...anak kecilmu terlepas dari dosa2 di dunia ini...di sana dia sedang menunggumu di pintu syurga....insyaallah...aku tidaklah seberapa baik mana untuk memberi komen...tetapi kerna kau ibu hatiku jua turut tersentuh...tika ini ku teringat ibuku...dosa yang ku buat keatasnya adakah dapat diampuninya...? Mon 24-Jul-2006 09:19
Posted by:BuTTeRfLy_88 butterfly_050988@yahoo.com.my
A'kum.....
Sudah lama kiranya tidak melawat FP Zaimah sejak pemergian Alesha... mungkin status ibu dan kerja yg banyak membuatkan diri tidak mempunyai kesempatan.... apa pun saya sentiasa doakan agar zaimah tabah selalu serta ingatlah seorang IBU itu tidak sekali kali akan dapat melupakan anak yg dikandungnya walaupun berabad lamanya kerana anaknya itu adalah sebahagian dari dirinya jadi harap Zaimah sentiasa tabah sebagai ibu doa kan alesha senentiasa dalam keadaan yang baik disisi-NYA....
moga tabah selalu

Ammi Shafira....
Tue 19-Sep-2006 03:00
Posted by:baby shafira nishagirl@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.