Want your
own Fotopage?






 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Jan-2006 03:16 Email | Share | | Bookmark
Entah la...

Semalam bila gi lawat Alesha, dia kelihatan sihat, cergas, bergerak ngan aktif, dan memandang-mandang sesuatu (entah apa yang dipandangnya tak tau la)... Lesha dah semakin berisi, walaupun aku hanya mampu menyusukannya selama dua hari sahaja.. mungkin susu formula hospital tu dari jenis yang baik.

Gembira sungguh bila lihat Alesha cergas. Kata doktor, mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun. Apa yang menyebabkan Lesha terus ditahan adalah kerana Lesha tak mampu bernafas dengan sendiri. Kata Doktor lagi, bila Alesha pandai bernafas sendiri, Lesha boleh pulang ke pangkuan kami. Alesha tolong la mama, bernafas la, mama rindu Lesha.. bernafas la semoga nanti Lesha boleh pulang... Ya Allah, turunkan Rahmat Mu, tunjuki la anak itu agar dia boleh bernafas dengan sendiri nya....

Tapi itu semalam... hari ini lain pulak cerita nye. Tadi Doktor bagi tau Alesha dijangkitan semula kuman pada paru-parunya. Allah cukup la, sudah tidak termampu lagi anak itu menanggungnya. Alesha diberikan antibiotik semula bagi mengawal kuman pada paru-parunya. Tolong la Ya Allah!!. janganlah lagi ditambah derita anak itu. Ya Allah, sekiranya kegembiraan Nabi-nabi Mu, Malaikat-malaikat Mu atau hamba-hamba Mu yang Kau inginkan, maka sembuhkanlah anak ku itu, sihatkan lah tubuh badannya, kurniakan lah rahmat Mu agar dia mampu bernafas dengan sendirinya, kukuh serta tumbuh suburkan lah tulang-benulangnya, kerana sesungguhnya kau berkuasa ke atas hamba Mu... tetapi sekiranya kegembiran musuh-musuh Mu yang kau inginkan, maka sesungguhnya tiada lah lagi daya bagi ku untuk melawan, kerana sesungguhnya Kau berhak ke atas segalanya.....

terlalu merindu Alesha
~Zaimah


Wednesday, 25-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya berita itu benar....

Tadi kami dipanggil untuk berjumpa doktor. Ujian lanjut yang dibuat sekali lagi oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Ujian oleh Pakar Hospital Seremban dan Ujian Pakar Hospital Putrajaya mengesahkan Alesha mengalami simptom bagi penyakit HYPOPHOSPHATASIA. Penyakit yang berkait rapat dengan kekurangan kandungan Alkaline Phosphatase (ALP). Hanya itu sahaja yang kurang dalam badan Lesha.... yang lainnya normal... dan hanya itu sahaja dianosis yang terhampir dengan masalah kekurangan ALP itu.

Dr. Siti dan Dr. Fauziah, pakar yang bertemu kami menerangkan segala-galanya. Dari apa yang kami faham, kepakaran perubatan telah sampai ke penghujungnya dalam merawat penyakit ini. Segala-galanya sekarang ini terletak di tangan Allah. Segala-galanya di tangan Tuhan yang menjadikan, menghidupkan dan kemudiannya mematikan Alesha bila sampai masanya nanti. Malahan kita semua terletak di bawah lindungan dan rahmat Nya.

Sekurang-kurangnya Allah telah memberikan rahmatNya kepada saya untuk mengecapi keindahan dan kenikmatan menjadi seorang ibu (pinjam kata-kata suami ku). Memang betul, Allah telah mengizinkan saya merasa keseronokkan ketika mendapat tahu saya telah hamil. Kemudian diberiNya rasa mual, pening, muntah sepanjang 3 - 5 bulan saya mengandung sehingga saya terpaksa ditahan di wad 3 kali kerana mengalami morning sickness yang servere..

Allah turut telah memberikan rahmatNya pada saya untuk merasa debaran menanti saat-saat melahirkan. Alhamdulillah, terlalu mudah saya merasai kepayahan melahirkan Alesha. Sakitnya hanya sebentar, lahirnya hanya dalam masa 2 minit.. Sehingga sekarang, langsung saya tidak teringat dan tidak dapat mengenangkan kesakitan dan kepayahan melahirkan Alesha. Mungkin Lesha tahu, dia tidak mahu menyusahkan ibunya ini ketika dia lahir ke dunia.

Keadaan Lesha sekiranya dilihat secara luaran dia stabil dan cergas, cuma masalahnya dia langsung tidak mampu untuk bernafas sendiri. Masalah penyakit hypophosphatasia itu tidak ada rawatan setakat ini, dan kata doktor, mungkin Lesha merupakan pesakit pertama mengidapinya di Malaysia ini!!!! Kata doktor lagi, tidak ada apa yang mampu mereka lakukan. Hanya berharap Alesha mampu bernafas dengan sendiri dan sekiranya dia mampu nanti, Lesha akan pulang ke pangkuan kami. Hanya itu sahaja objektif utama sekarang ini.

Tak pa la... walaupun apa kesudahannya nanti, kami terima pemberian Allah ini dengan penuh syukur dan akan kami jaga sebaiknya selagi ada hayat di badan. Kerana sesungguhnya, rahmat Allah telah terlalu banyak buat kami, dan kami tidak mampu untuk menidakkannya....

Allah limpahkan RahmatMu
~zaimah



Tuesday, 24-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Coretan Kasih anak ku

Doktor dah stop pemberian ubat (yang lebih merupakan antibiotik dan vitamin aje) pada Lesha. Dari medical chart, jelas ubat telah diberhentikan pada 22hb Januari lagi. Tanda-tanda serangan sawan pun telah lama tidak kelihatan sejak 6hb Januari jam 5.00 pagi. Kelihatannya Lesha semakin pulih. Lesha telah sedar, telah mula mengerak-gerakkan tangan dan kaki. Lesha telah mula melihat muka ibu nya ini. Hati ibu mana yang tidak sayu melihat perubahan ini... bercucuran air mata melihat anak yang dikandung itu semakin cergas dan sihat. Ya Allah... sembuhkan la anak ku itu, aku memohon dari Tuhan yang Maha Menjadikan, Maha Menghidupkan, Maha Mematikan, dan Maha Menyembuhkan...

Tapi kelmarin, 23hb Januari, kelihatannya Lesha seperti susah sangat nak bernafas. Kata Doktor dia seperti tidak dapat menyedut nafas sepuasnya. Sepatutnya, bantuan pernafasan dari mesin 30%, Lesha seharusnya bernafas sendiri melebih 70%.. tapi yang kelihatan Lesha hanya bernafas sendiri sekitar 30-40%. Badan dan kepala Lesha dinaiki ruam, kelihatan dia kegatalan dan kepayahan... Mengigil-gigil tangan dan kaki Lesha sama ada menahan sakit dek kegatalan ruam atau mungkin dek kerana kurangnya pernafasan... entah la... menitis semula air mata ini kelmarin bila melihat keadaan Lesha... Ya Allah, cukupla kesakitan yang ditanggung anak itu... tolong la Allah, sembuhkan la....

Ujian Darah dan Metabolisma yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perubatan Kebangsaan telah keluar. Berbalang-balang darah kami (saya, suami dan Lesha sendiri) diambil untuk diuji. Alesha turut diambil air kencing bagi tujuan ujian dan kajian. Keputusan yang keluar, kesemua kami adalah NORMAL !!! Ya... kami adalah manusia normal... Tapi ketentuan Allah menghendaki sebaliknya.. Anak kami sakit.. sakit yang tidak diketahui puncanya.. Mungkin ini adalah hukuman atas dosa kami, mungkin ini adalah ujian kesabaran, mungkin juga ini adalah kifarah yang dinyatakan sebagai penyelamat hari pembalasan... hanya Allah sahaja mengetahuinya

Apa yang pasti, anak kami Alesha telah bernafas dan berada di muka bumi ini selama 41 hari... tetapi 32 hari daripada usianya dihabiskan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Putrajaya

zaimah


Monday, 16-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Coretan 16 Januari 2006

Keadaan Alesha pada 15 Januari 2006, genap 30 hari usianya
Lama sungguh tidak mencatatkan sesuatu di sini. Saya tidak berapa sihat, tambahan keadaan diri yang telah bentan dan dua kali tumpah darah. Bersyukur ada suami yang tabah dan cukup cekal... Tak terbalas jasanya pada ku.

Semalam 15 Disember, kami melawat Alesha. Dia kelihatan semakin baik. Jangkitan Kuman yang menjangkiti paru-paru sebelah kiri dan sebahagian paru-paru kanan telah berjaya dikawal. Bagai hampir luruh jantung bila doktor kabarkan berita tersebut selasa lalu... Ya Allah, cukup-cukup la kesakitan dan penderitaan anak ini.... tolong la Allah....

Paling mengemparkan bila aku mendapat berita dari hospital mengarahkan kami datang segera ke sana. Waktu yang dipilih utk perkabaran tersebut sampai adalah terlalu menyesakkan nafas... bayangkan talipon berdering di pagi hari raya korban, ketika suami ku sedang khusyuk bersembahyang raya... hospital talifon agar kami datang segera kerana anak kami perlukan pertukaran darah.. dan pilihan yang ade adalah aku..... hampir pengsan dibuat nya

Tetapi semalam, alhamdulillah, setelah segala usaha pihak hospital lakukan, kejayaan telah menampakkan hasil nya. Alesha tidak lagi dibekalkan makan secara drip, dia telah diberikan susu sepenuhnya. Alesha cukup cergas dan telah boleh menbukakan mata nya. Hati ibu mana yang tidak luruh bila anak kecik yang dikandungnya selama 9 bulan membukakan mata dan tajam memandang kepada ibunya tak kala nama nya disebutkan... luruh air mata bila melihat anak ku sudah boleh membukakan mata dan mengerak-gerakkan tangan dan kaki nya... Allah... sembuhkan la ...

Aku sempat merakamkan detik-detik itu. Ingin ku kongsikan pengalaman ku ini kepada semua sahabat dan rakan-rakan semua, tetapi malang nya fotopages ini tidak mengizinkan attachment dari format lain selain Jpeg atau JPG sahaja. Namun apa yang dapat ku kembarkan di sini adalah sekeping gambar Alesha setelah dia genap berusia 30 hari pada 15 Januari 2006. Teruskan doa anda untuk kesihatan dan kesejahteraan anak kami.

~Zaimah


Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Coretan 7 Januari 2006

Alesha tenang menghadapi dugaan
Anak ku Alesha, tabah la..
Aku terharu dengan ketabahan suamiku...
Tadi kami melawat Alesha. Keadaannya seperti baby comel yang sedang tidur, aman, tenang tanpa sebarang kerisauan. Alangkah indah kalau dia sihat seperti baby yang lain. Tapi baby kami istimewa, tidak seperti yang lain.

Kami terjumpa kajian tentang penyakit nya di internet. Mungkin ye mungkin tidak, tapi ini la kesimpulan yang paling hampir bagi pakar - http://www.emedicine.com/ped/topic1126.htm

Allah kuatkan la Alesha dan sembuhkan la ia demi ihsanMu.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net