Want your
own Fotopage?






 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Monday, 15-May-2006 07:05 Email | Share | | Bookmark
Alesha Abriza in memories (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006) -

 
 
 
A'kum...

Seperti mana yang sahabat semua sedia maklum, anak kami Alesha Abriza telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 6.24 pagi, 13hb Mei 2006 selepas sembahyang subuh. Genap 150 hari usianya di muka bumi Allah ini!. Alesha pergi ketika berada di dalam pelukan kami, tanpa kehadiran orang asing, hanya saya, Zaimah dan Alesha. Sebelum Alesha menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau sempat menyempurnakan hajat ibunya untuk melihat dia tersenyum. Detik tersebut adalah detik yang tidak akan kami semua lupakan sehingga ke akhir hayat. Alesha telah memandang ibunya dengan penuh kesyukuran, tersenyum dengan senyuman yang paling indah, menitiskan setitis air matanya yang terakhir sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Semenjak dilahirkan, Alesha tidak pernah dimandikan oleh ibu. Pada hari itu, telah tercapai hajat ibunya dengan memandikan arwah sendiri. Dan saya sendiri menyempurnakan penguburannya di dalam liang lahad.

Sesungguhnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua, para doktor, jururawat di Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. Sahabat handai dan rakan taulan yang datang berziarah, ucapan takziah melalui panggilan telefon dan SMS, mengirim doa dan hadiah, serta ada yang memberikan sumbang wang. Segala budi dan jasa anda semua akan kami kenang selamanya.

Shamsul Shamdin

I came to this fotopage by chance today. It's sad that such an innocent soul has left us.To the parents of beautiful baby Alesha.. takziah.. Banyak kan lah sabar dan tenang dalam keredhaan atas pemergian ini. Sesungguhnya Allah s.w.t. tak kan menguji dilebih kemampuan kita...Al-fatihah... Mon 22-May-2006 09:58
Posted by:rossya  - [Link]
takziah...terlalu sebak rasanye...bila tgk muka anak2 sndiri pun terasa kesedihannye... semoga anda berdua terus tabah...bahagialah baby alesya di sana.... Sat 27-May-2006 07:49
Posted by:leen
I am so sorry for your loss. And sorry to be asking you this but I need to do it. I am 37 yrs. old my name is Abriza and I have never known the origin or meaning of my name. Could you pls help me with this? Thanks a lot Thu 15-Mar-2007 22:19
Posted by:Abriza Espinoza
View all 208 comments


Thursday, 11-May-2006 00:16 Email | Share | | Bookmark
Waktu melawat

Tidak akan luput wajah ini dari kotak ingatan selama-lamanya
Senyuman yang akan disimpan sehingga keakhir hayat
A'kum...

Maaf kerana terlupa untuk menyatakan waktu melawat di Hospital Seremban kelmarin. Di Hospital Seremban, waktu melawatnya adalah:

Isnin - Jumaat : 12.30 tghari - 2.00 ptg & 4.30 ptg - 7.30 mlm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 tghari - 7.30 mlm

Keadaan Alesha kelmarin agak tidak menentu. Alesha sering muntah dan sejak petang kelmarin dia dipuasakan. Pernafasan juga tidak keruan dan Alesha sering sesak nafas serta menjadi biru. Doktor pakar Seremban dan beberapa doktor dari International Medical University turut telah datang melihat keadaan Alesha. Mereka turut mengingatkan kami tentang tahan keseriusan penyakit Alesha. Perkataan lethal telah dinyatakan kepada kami. Istilah yang diberikan kepada penyakit Alesha sekarang, Congenital Lethal Hypophostasia.

Malam ini saya akan mulai menjaganya sehingga Ahad ini. Saya benar-benar tidak sabar menghabiskan masa bersamanya kerana saya ingin menatap wajahnya sepuas-puasnya supaya wajah Alesha tidak akan luput dari ingatan saya selama-lamanya.

Salam..
Maha Besar Engkau Ya Allah..Engkau Lebih Mengetahui Segalanya...Lesha...ibu tak tahu kenapa Allah wujudkan perasaan sayang yang teramat mendalam pada dirimu, nak...TERLALU..dan amat payah nak diungkapkan.
Kita tiada pertalian darah mahupun hubungan apa2 tp ibu terasa amat perit.
Ibu cuba tenangkan diri dan ya, ibu mampu tenang pada dasarnya tp di dalam hati ibu amat rapuh..Kenapa? ibu juga tiada jawapannya...
Lesha..bukan engkau penyebab hati ibu gundah...
Bukan, nak!!!kaulah penyeri hati ibu setiap pagi di pejabat..Perkara pertama sampai di pejabat adalah menatap wajahmu terlebih dahulu. Melampaukan ibu ini?
ibu menatapmu sentiasa...w/pun kini hanya tinggal coretan sepi sahaja
tp ibu tetap setia menatap wajahmu..mungkin dah terbiasa dari dulu..dan kebiasaan itu telah menjadi rutin ibu.Inilah cara ibu melepaskan rindu padamu walaupun hakikatnya bila menatapmu air mata ini terus-terusan mengalir.
Ibu mula menyimpul angan untuk mendapatkan anak perempuan semirip dan secomel mu..dah berangan mengabadikan nama Alesha Abriza sbg nama anak ibu kelak..tapi bagi ibu cukuplah seorang sahaja Alesha Abriza yang ibu kenali..ibu tak mahu ada pengganti menggunakan namamu itu nak.. KAU TERISTIMEWA.
Lesha...mungkin ada mengatakan ibu ni keterlaluan..megikut perasaan..biarlah..mereka tidak kenal siapa ibu..perasaan ibu padamu...
seolah2 perasaan seseorang yang jatuh cinta pandang pertama...
walaupun cinta pertama itu pedih dan menyakitkan tp ia akan terus diingatan..dan yang paling indah. betulkan nak?
Keranamu jua Lesha, ibu dah semakin dekat pada Allah...sentiasa sujud pada Pencipta kita Yang Maha Pengasih..Doa ibu tak putus2 buat kesejahteraanmu
Alesha...ibu tahu kau gembira dan tenang di sana...
sesekali datanglah jenguk ibu di alam mimpi

IBU YANG MERINDUIMU...

Mon 15-May-2006 08:48
Posted by:ibuhazique
tak terkata...
takziah...
Fri 19-May-2006 13:47
Posted by:Mama Syakir  - [Link]
zaimah,
harap tabah hadapi dugaan. sedih teramat baca cite awak walaupun tak kenal sapa awak dan tak pernah jumpa baby alesha. tapi naluri ibu kuat sebab saya pun ada baby and boleh rasa apa yang awak rasa. ni tengah menangis depan komputer. sedih la. take care yek, jangan sedih-sedih sangat, takut sakit. insyaAllah, Alesha mendoakan awak kat atas sana.take care
Mon 22-May-2006 07:12
Posted by:yates
View all 127 comments


Wednesday, 10-May-2006 01:38 Email | Share | | Bookmark
Alesha telah selamat berpindah ke Hospital Seremban...

Alesha di Hospital Seremban
Papa & Alesha tertido keletihan
Lena Lesha di pangkuan papanya
View all 5 photos...
A'kum...

Alhamdulillah, Alesha telah selamat tiba di Hospital Seremban kelmarin. Sepanjang perjalanan Alesha tidak memberikan banyak masalah. Majlis perpisahan tidak formal di NICU Hospital Putrajaya diserikan dengan suasana yang sayu dan genangan air mata yang tertahan-tahan. Terima kasih kepada semua anggota perubatan, paramedik dan auksilari di Wad NICU, Hospital Putrajaya. Saya benar-benar menghargai jasa anda semua. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang telah menghadiahkan Alesha pelbagai barangan. Bagi kami, bantuan, jagaan, dan kasih sayang yang telah anda semua berikan telah cukup malahan terlalu banyak buat kami semua.

Saya juga amat terharu dan berterima kasih kepada pergorbanan ibu mertua saya. Beliau sanggup untuk berhenti kerja bagi menjaga cucunya itu. Kelmarin tangisan saya sudah tidak tertahan-tahan lagi dan memeluknya dengan erat bagi menyatakan terima kasih dan sayang saya padanya. Sesungguhnya ibu mertua saya itu telah saya anggap sebagai ibu kandungku sendiri. Kata ibu mertua saya" beliau hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja, dan setiap menantu perempuannya telah dianggap sebagai anak perempuan kandungnya sendiri - sebagai hartanya". Pergorbanan seorang ibu kepada seorang ibu...

Untuk makluman semua sahabat, Alesha di tempatkan wad biasa kelas tiga, katil no. 8, wad 8A, tingkat 8, Hospital Seremban. Kami inginkan beliau berada di sekitaran yang penuh kasih sayang, menghirup udara segar dari luar, dan mendengar hiruk-pikuk suara ibu dan kanak-kanak. Bukan tak mampu untuk tukarkan ke wad kelas 1, tapi waktu yang diberikan oleh Allah yang singkat kepada Alesha seharusnya dibiarkan dia menikmati kehidupan sepuasnya. Biar dia berasa berada di alam yang sebenarnya. Beliau telah terlalu lama diasingkan di wad yang tertutup dan dunia yang sempit. Semoga tiada sesiapa lagi memarahi suamiku, kerana memilih wad kelas rakyat untuk anak itu, memang, kami ingin merakyatkan anak kami.

Doktor Seremban pada dasarnya membenarkan kami membawa Alesha pulang ke rumah. Untuk itu, mereka berharap agar kami membeli peralatan bantuan hayat sokongan bagi Alesha. Percayalah, kami sedang berusaha untuk membelinya. Dan kami pasti akan membawa pulang anak itu...

Ya Allah, apakah benar leesha sudah pergi menemui-Nya? Ya Rabbi.... beginikah akhirnya cerita ini. Zaimah n suami... Tabahkan hati. takziah dari saya dan keluarga. Semoga Tuhan akan berikan penawar kepada kehilangan ini... Redhalah, semoga anakmu Leesha tenang di sana... Mon 15-May-2006 01:26
Posted by:Ibu Eidil  - [Link]
Semoga zaimah sentiasa TABAH selalu..amin
Fri 19-May-2006 10:05
Posted by:fiera
alfatihah....buat baby alesha....semoga ditempatkan di syurga teratas..amin
takziah buat mama& papa alesha...
Fri 16-Jun-2006 08:32
Posted by:mama Dhia hariz& Dhia hadif
View all 50 comments


Monday, 8-May-2006 00:34 Email | Share | | Bookmark
Insyallah Alesha akan dipindahkan ke Seremban minggu ini

 
 
 
View all 6 photos...
A'kum...

Keadaan Alesha agak stabil. Lesha agak lasak, sesuai dengan perilaku baby seusianya - lima bulan. Kata Doktor, Alesha akan diusahakan untuk dipindahkan ke Seremban dalam minggu ini juga. Ini bertujuan bagi membolehkan kaum keluarga dan sahabat datang melawatnya. Alesha akan ditempatkan di wad biasa bagi tujuan itu.

Kami faham akan situasi ini. Sekurang-kurangnya, ini akan memberi peluang Alesha mengenali atuk-nenek, pak cik-mak cik, sepupu dan sahabat ibu-bapanya. Ruang dan peluang yang dikurniakan Allah ini akan kami gunakan sebaik mungkin selagi ada hayatnya. Bukan bermakna kami telah mengalah, dengan ilmu manusia yang mengatakan Alesha telah sampai ke penghujung waktunya. Tidak!.. tidak sesekali kami mengalah dan kami masih tidak putus harapan agar Allah mengurniakan rahmatNya untuk menyembuhkan Alesha dan melanjutkan usianya. Kami masih yakin akan adanya keajaiban di dunia ini.

Semalam, suamiku menyudukan air zam-zam kepada Alesha. Aku berharap, air mulia itu dapat memberikan sedikit kesegaran kepadanya. Sekiranya, Baitullah itu dekat, pasti akan ku tawaf dan merayu kerahmatan Allah.

Topik Pagi Era hari ini betul-betul meyusuk hati sanubariku - 'Kisah pengalaman pertama bergelar ibu'. Pengalaman pertamaku..... dan lagu 'kau istimewa' nyanyian Adibah Noor juga menyayatkan hati ini tiap kali mendengarkannya..

Meruntunnya hati ini bila terbaca kisahmu Alesha..kami juga seorang ibu dan ayah baru yang mempunyai seorang bayi yang baru berusia 3 bulan.Wajahmu sewaktu lahir saling tak tumpah seperti anak kami Muhammad Ryan Thaqief..Betapa hati ini amat memahami kepiluanmu mama Alesha...semoga Allah memberikan keajaibannya kepadamu Alesha agar dapat mengubati kerinduan hati seorang bernama mama..itu doa kami dari kejauhan ini...tabahkanlah hatimu wahai mama Alesha...semoga tuhan mengabulkan segala doamu kerana doamulah yang paling mustajab. Kami akan sentiasa mengikuti perkembanganmu Alesha... Tue 9-May-2006 06:25
Posted by:Mommy&BabahRyan  - [Link]
alesha..aunt melihat lagi pic alesha..sedih n terhibur gak tgk seribu raut wajah alesha.andai ada kesempatan aunt.ingin aunt menziarah alesha jika kesempatan.Ya Allah..tabahkan hati mak ayah alesha..berilah semangat kepada alesha utk dier berjuang utk terus hidup jika diizinkan Tue 9-May-2006 08:55
Posted by:Siti Noor Hamzah
Oh man! It breaks my heart so much to see this poor soul in such a condition.. Sun 21-May-2006 16:22
Posted by:Hanis  - [Link]
View all 41 comments


Friday, 5-May-2006 02:03 Email | Share | | Bookmark
Alesha : Trully a fighter

Keadaan pagi ini
Alesha yang gebu
Tenangla sayang
View all 6 photos...
A'kum...

Terima kasih untuk doa dan kata-kata semangat anda semula. Terima kasih kepada para sahabat yang tidak putus-putus menghantarkan kiriman SMS dan menghubungi saya secara peribadi. Saya rasa berbesar hati dan terharu kerana saya tahu punya ramai sahabat untuk menumpang bahu. Saya mohon maaf sekiranya ada panggilan telefon yang tidak berjawab dan kiriman SMS yang tidak dibalas atau mungkin terjawab beberapa kali, kerana saya tidak dapat mengenalpasti, yang mana telah dijawab mahupun belum.

Alhamdulillah, berkat doa anda semua, pagi ini Alesha telah stabil semula. Sejak kelmarin petang, Lesha terlalu aktif dan kelihatannya ingin meniarap. Walaupun dia dalam keadaan intubation, tapi dia terlalu lasak dah sukar untuk dikawal. Pagi ini, benar-benar satu keajaiban berlaku. Mungkin semangat juangnya yang tinggi, Alesha telah di extubate dan sekarang dia hanya menggunakan head-box untuk menyalurkan oxigen kepadanya. Syukur kepada Allah.

Namun kata Doktor tadi pagi. Keadaan disset Alesha pasti akan berulang. Suami saya telah memberikan sepenuh autoriti kepada pihak hospital untuk melakukan apa yang mereka rasakan terbaik bagi Alesha. Saya cukup berterima kasih kepada doktor di NICU Putrajaya. Mereka benar-benar telah berusaha sedaya mungkin dan saya bangga dengan ketabahan mereka. Malahan mereka sanggup menerima tanggungjawab untuk membuat Medical Decision yang terbaik bagi Alesha.

Insyallah, pihak NICU Putrajaya akan berusaha untuk memindahkan Alesha ke Seremban. Ianya bertujuan untuk memastikan kaum keluarga dan sanak saudara dapat menatapi dan bermanja dengannya selagi diizinkan Allah. Rasanya itu adalah langkah terbaik. Malahan pihak Hospital Seremban telah menyiapkan kemudahan yang diperlukan untuk itu. Sekiranya nanti Alesha telah berpindah ke Seremban, sahabat semua bolehlah datang berkunjung.

Alesha benar-benar telah menyedarkan saya erti seorang pejuang yang sebenarnya. Mama bangga denganmu nak......

saya first time baca fotopages ni harini...terharunya dgn ketabahan mama n papa alesha. saya juga kagum dgn kekuatan baby alesha berjuang. ya allah..sembuhkn la baby alesha yg comel ni.. sayang baby alesha... Mon 8-May-2006 09:09
Posted by:madoct_04
dah hampir 2 minggu x buka fotopages ini.. ada urusan luar dan berkursus...
sesungguhnya.. tak sabar2 nak baca cerita alesha bila masuk ofis hari nie...
27/4 yang lepas.. alhamdulillah telah dapat menatap wajah alesha di NICU walaupun hanya 2 minit.. alesha bagaikan 'otai' kat NICU tu.. dialah yang paling gebu... pada masa tu alesha nampak sihat ..

saya terharu dengan kesabaran dan ketabahan papa & mama lesha... saya mendoakan agar alesha akan sihat seperti anak2 yang lain.. Ya Allah.. berilah peluang kepada papa & mama alesha....

Tue 9-May-2006 00:29
Posted by:ayu
Semoga Alesha Abriza sembuh dan sihat...Amin Ya Rabbal alamin.
Tue 9-May-2006 08:25
Posted by:Aina
View all 59 comments


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com