Want your
own Fotopage?








 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-May-2006 01:08 Email | Share | | Bookmark
Aku pasti akan rasa bersalah selamanya

A'kum...

Saya suami kepada Zaimah. Sepanjang malam saya bermunajat, memohon harapan, meminta ihsan, merayu simpati dan menagih rahmat dari Allah, tuhan Yang Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Hajat, tahajud ke Istikarah sehingga ke taubat, solat malam saya lakukan. Mohon petunjuk dari Allah.

Keputusan yang bakal saya buat, pastinya akan menghantui hidup saya selama-lamanya. Setiap hela nafas dan kedipan mata selagi saya bernyawa, pasti akan menyimpul satu penyesalan dan rasa bersalah selamanya. Keputusan yang bakal saya buat ini pasti akan menjadi dosa saya kepada Alesha Abriza, yang menjadi harta, pengarang jantung, ubat rindu saya selama ini. Saya tahu, Alesha pasti faham akan keputusan yang papanya buat ini.

Anakku, papa terpaksa biarkan dikau pergi dengan aman! Papa tahu dikau pasti akan berada didalam rahmat Allah di sana. Kalau Allah makbulkan permintaan papa, papa sanggup menjadi galang-gantinya. Biar papa sahaja pergi mengadapNya, dan bukannya Alesha, kerana mama lebih memerlukan Lesha. Tapi Nak.. papa perlu menjaga mamamu. Mamamu perlukan sokongan papa. Mamamu pernah berkata, jangan sesekali papa mohon bertukar tempat denganmu, kerana sekiranya terjadi, dia akan menyusul papa pula!. Alesha, namamu dipilih sendiri oleh ibumu. Katanya Alesha bermaksud 'Dilindungi Tuhan'. Katanya lagi, moga dengan nama itu, anak yang bakal lahir nanti sentiasa dilindungi Allah dan menaung di bawah lindungan rahmatNya. Anakku, sekiranya nanti, dikau mengadapNya. Tolonglah ibumu di sana. Sekurang-kurangnya, papa tahu, ibumu punya penyelamat di sana.

Maafkan papa, Alesha... maafkan papa! Kerana sesungguhnya papa tidak dapat memaafkan diri papa selamanya.....


Wednesday, 3-May-2006 07:43 Email | Share | | Bookmark
Hidup mati anak itu ditentukan olehku....

A'kum

Saya suami kepada Zaimah. Maaf kalau menganggu anda semua. Saya terpaksa mencoretkan sesuatu kerana amanah Zaimah pada saya untuk menyampaikan. Zaimah sudah tidak punya kekuatan untuk melakar sesuatu disaat ini.

Tengahari tadi, keadaan anak kami Alesha Abriza kembali kritikal. Doktor terpaksa intubate semula Alesha. Dan Doktor minta saya membuat keputusan sama ada diteruskan intubate atau biarkan takdir menentukan segalanya. Apa yang perlu saya buat..... berat sungguh dugaan ini!


Wednesday, 3-May-2006 00:48 Email | Share | | Bookmark
Alesha akan berpindah ke Hospital Seremban esok

 
 
 
A'kum...

Esok, insyallah confirm Alesha akan dipindahkan ke Hospital Seremban. Sepatutnya hari ini, tetapi, sukar bagi "ibu-ibu" nya dia NICU untuk melepaskan. Maka diberikan semalam lagi untuk bersama. Pelbagai hadiah telah dibekalkan kepada Alesha oleh "ibu-ibu" nya dia NICU. Rasa terharu dengan segala perhatian mereka. Kami berjanji, jika takdirnya Alesha sihat, pasti akan kami bawakan dia untuk melawat NICU Putrajaya. Kerana di sana, dia mulai menghirup udara dunia; di sana dia merasa nikmat rezeki pertama; di sana dia mulai merasa keindahan kasih sayang; dan di sanalah tempatnya dia mengenal kemuliaan hati budi manusia.

Saya banyak menerima personal message melalui FP ini mohon diberikan alamat kerana ramai yang ingin mengirimkan kad ucapan dan hadiah. Perasaan malu dan rasa bagai tidak bertanggungjawab sekiranya saya berikan alamat dan no. telefon saya. Kerana sudah terlalu banyak yang sahabat semua berikan kepada saya. Doa-doa dan kata-kata peransang dari sahabat semua terlalu berharga buat kami. Namun pujukan demi pujukan saya terima membuatkan saya akur pada kehendak ramai. Saya rayu dan mohon agar tiada yang salah anggap akan tujuan saya mempamerkan alamat dan no. phone saya ini. Bukan untuk kutip derma atau mengharapkan hadiah mahupun kad ucapan. Saya berikan maklumat ini kerana saya sudah terlalu terhutang budi pada sahabat semua dan malu sekiranya tidak memenuhi permintaan sahabat yang memintanya. Sahabat bolehlah menggunakan alamat berikut:-

Zaimah binti Noh
****

Sekali lagi mohon, jangan salah anggap yang saya memohon derma, hanya memenuhi permintaan sahabat yang meminta sahaja.

Sahabat semua, sekiranya ada diantara sahabat yang tinggal berdekatan Seremban, saya bagi pihak suami dan keluarga mertua menjemput sahabat semua ke majlis perkahwinan adik ipar saya pada 25hb Jun 2006 di Kampung Pasir Tengah, Rantau, Negeri Sembilan. Insyallah, sekiranya Alesha telah keluar dari hospital, pada sebelah paginya kami akan mengadakan majlis marhaban, upacara cukur jambul dan aqiqah untuk Alesha. Mohon Allah menrahmati Alesha dan memberikan dia peluang untuk bersama di majlis yang dirancangkan untuknya itu.



Tuesday, 2-May-2006 00:44 Email | Share | | Bookmark
Insyallah... 3hb Mei Alesha akan ditukarkan ke wad biasa

 
 
 
View all 4 photos...
A'kum..

Insyallah, sekiranya takdir Allah berlaku seperti mana yang hambaNya rancang, esok, 3hb Mei Alesha akan dipindahkan ke wad biasa. Kami baru mendapat berita ini kelmarin. Kami sekeluarga telah berbincang, memandangkan kami tinggal di Seremban, dan saya sendiri bertugas di Seremban, mahu tidak mahu, kami berkeputusan Alesha perlu ditukarkan ke Seremban. Keputusan itu dibuat untuk memudahkan penjagaan Alesha seterusnya.

Kelmarin, suasana agak terharu, pabila ramai staff nurse menyatakan yang mereka akan merindui Alesha. Ada diantara mereka memberikan Alesha stoking, malahan gaun baby! Pakaian Alesha turut ada yang mencucinya sedangkan mereka tidak perlu berbuat demikian. Jasa dan pengorbanan semua petugas perubatan dan paramedik di NICU Hospital Putrajaya memang tidak terbalaskan. Mereka telah menjadi ibu kepada Alesha selama 5 bulan, hampir 75% dari hari-hari Alesha adalah bermanja bersama mereka. Kencing beraknya mereka yang basuh. Senyum tangisnya mereka yang saksikan. Jaga tidurnya mereka yang dodoikan. Deman sihatnya mereka yang jagakan. Allah, rahmatilah mereka di NICU serta keluarga mereka. Redhailah mereka dengan balasan syurgaMu.

Saya turut diberitahu, staff nurse NICU tengah berebut dan mengundi siapakah yang bertuah untuk turut bersama Alesha di dalam ambulan sepanjang perjalanan ke Hospital Seremban nanti. Terharunya perasaan ini dan amat tersentuh hati ini. Saya nyatakan pada suami, sekiranya takdir Allah, Alesha sembuh nanti, kita akan membawa Alesha ke NICU Hospital Putrajaya, dan berjumpa semua "ibu-ibu" nya yang menjaga selama 5 bulan itu. Akan saya ajar Alesha untuk menghormati mereka semua. Dan sekiranya ditakdirkan, biarlah Alesha suatu hari nanti menjadi sebahagian daripada mereka sebagai anggota perubatan atau paramedik...


Wednesday, 26-Apr-2006 09:04 Email | Share | | Bookmark
Lesha dan macam org tue...

A'kum...

Kata suamiku, tadi doktor bilang, Alesha mungkin dalam tempoh terdekat ini akan dipindahkan ke wad biasa. Keadaan Alesha tidak lagi diklasifikasikan sebagai kritikal atau serius. Nanti bila dipindahkan ke wad biasa, ramai yang sekian lama menanti saat-saat untuk menatap rupa Lesha secara dekat akan datang. Terutama atuk dan nenek Alesha belah suamiku, mereka belum lagi dapat mendukungnya. Keluarga belah suamiku juga kesemuanya masih belum dapat menatapnya.

Tapi, kata doktor, Alesha masih lagi menghadapi masalah pernafasan dan tulang. Keadaan itu, hanya keajaiban atau kuasa yang Maha Esa dapat memperbaikinya. Tapi itu tidak menjadi masalah bagi kami, yang penting, Lesha ditempatkan di wad biasa agar ramai dapat datang melawatnya.

Kata doktor lagi, Alesha suka mendengar radio. Paling dia suka, bila berita radio berkumandang, dah macam orang tua anak itu. Dia akan mendengar dengan kusyuk seolah-oalh dia faham. Mungkin dia terlalu lama mendengar radio milik nurse di NICU kerana bilik Alesha bersebelahan tempat radio itu dipasangkan. Doktor pesan agar kami membawa mini radio untuknya sekiranya nanti ditempatkan di wad biasa, takut dia meragam bila tidak dapat mendengar berita .

Saya dan suami berharap, semoga Alesha dapat keluar dari hospital dan biarlah dia berada di sisi kami di rumah. Terima kasih kepada semua anggota perubatan di NICU Hospital Putrajaya. Kerana saya diberitahu anda membaca FP ini... terima kasih


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net