Want your
own Fotopage?








 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Apr-2006 01:18 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih... kami masih percaya pada Rahmat Allah

wallpaper & mungkin kulit jurnal coretan FP ini nanti
Alesha - protected by god
Tidur dalam senyuman
A'kum...

Memang, semua kajian saintifik, klinikal dan perubatan mengesahkan bahawa Alesha secara teorinya ibarat; api pelita yang terus menyinari hidup kami selagi masih punya minyak untuk menyalakannya. Kepakaran dan ilmu manusia memang telah sampai ke penghujungnya. Tiada sebarang ilmu perubatan lagi yang mampu untuk mengubati Alesha. Yang tinggal sekarang hanya doa, munajat pada Allah yang Maha Esa serta usaha diselangi dengan tawakal sahaja.

Segala jenis perubatan kampung, ustaz, bomoh, pawang dan dukun telah kami usahakan, namun ilmu Allah masih belum mampu kami selami lagi. Apa yang kami harapkan adalah menghargai setiap detik, setiap saat bersama Alesha. Segala coretan dan kata-kata semangat sahabat dalam FP ini telah saya cetak dan akan saya abadikan sebagai jurnal perjalanan hidup Alesha. Akan saya jadikan jurnal ini nanti sebagai kitab peneman sisa-sisa hidup saya sehingga ke akhir hayat.

Saya menamakan anak perempuan kami Alesha adalah kerana maknanya "Dilindungi Tuhan - Protected by God" kerana itulah yang saya inginkan; agar anak itu senantiasa dilindungi Allah. Mungkin Allah melindungi Alesha dengan caraNya tersendiri yang tidak mampu dirungkai oleh manusia.

Keadaan Alesha sekarang adalah amat baik. Tubuhnya terus berkembang. Dia telah jadi anak dara yang temban!. Oxigen masih pada tahap minimum. Tiap kali kami membacakan surah Yassin, Alesha akan tersengih-sengih, senyum dan kelihatan girang, tetapi bila bacaan Yassin hampir kepenghujungnya Lesha akan menangis! Mungkin kerana dia sedar, sebaik sahaja bacaan Yassin habis, maka akan tibalah masa untuk ibu bapanya pulang dan meninggalkannya kesorangan di wad. Pilu dan luluh hati bila tiba saat itu.

Kami juga berulang-kali membacakan ayat 78 - 79 dari surah Yassin. Kerana ada ustaz mengatakan bahawa ayat-ayat tersebut merupakan ayat penyembuh bagi segala penyakit tulang, sendi, dan urat. Ayat tersebut telah menjadi bacaan ratib kami setiap hari dengan meniatkan kepada kesembuhan penyakit tulang mereput dan rapuh Alesha. Maksud ayat tersebut; http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=36&nAya=78&t=mal Dan sekiranya sahabat ada mengalami sebarang sakit tulang, urat, sendi atau lenguh-lenguh, bacalah kedua ayat tersebut bermula dari ... Yuhyil Wahiya....

Sebenarnya tiada berita gembira yang dapat saya berikan pada anda semua. Namun keikhlasan, doa, perhatian sahabat memberikan saya kekuatan untuk terus mencoretkan sesuatu. Hati ini telah luluh dan hancur, namun masih mengharapkan sedikit sinar rahmat Allah...........


Monday, 10-Apr-2006 08:54 Email | Share | | Bookmark
Hasil pertemuan pakar genetik

Senyuman Alesha kelmarin
Semoga keberkatan yassin dapat membantu
Alesha dalam dakapan ku
View all 4 photos...
Hari ini aku dan suami bertemu pakar genetik dan metabolik, institut peadetrik, hospital kuala lumpur. Hasil sesi kaunseling yang diberikan, mereka turut tidak meletakkan harapan tinggi yang Alesha akan dapat hidup lama. Kata mereka, penyakit yang dideritai Lesha sering membawa maut. Kata mereka juga, kami patut tahu bahwa setiap kali aku mengandung, 25% kebarangkalian anak berikutnya turut akan menghidapi penyakit yang sama dan dinasihatkan untuk mengugurkan kandungan sekiranya nanti didianogsi sah mengidapi penyakit ini.

Aku dan suami pasrah dengan takdir Allah ini. Dan kami tidak pasti sama ada akan terus mengandung lagi dengan meletakkan ketentuan doktor 25% kebarangkalian anak akan mengidap penyakit ini, atau bertawakal untuk kebaikan Allah agar anak yang berikutnya bebas dari penyakit ini. Ianya seperti mempertaruhkan nasib pada tangan yang Maha Esa. Yang pasti kami harus memberikan tumpuan pada Alesha dahulu.


Friday, 7-Apr-2006 06:34 Email | Share | | Bookmark
Alesha dah dibenarkan bermain...

keadaan Lesha pagi tadi
Alesha dan alatan mainannya
Nyenyaknya Alesha tidur
View all 6 photos...
A'kum...

Hari ini papa Alesha memberikan lebih lagi berita gembira. Kata suamiku, tadi pagi oxigen Lesha di tahap 2, tetapi kini ketika suamiku melawatnya sebelum ke masjid untuk bersembahyang jumaat, oxigennya telah dikurangkan ke tahap 0.5 sahaja! Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah Tuhan Yang Maha Sempurna.

Kata suamiku lagi, apa yang paling mengembirakan, jururawat bertugas telah mengantungkan barangan permainan di katilnya. Kata doktor untuk merangsang minda dan panca indera Alesha. Sekali lagi ku panjatkan syukur pada Mu Allah. Tiada apa yang lebih bermakna selain dari nikmat dan rahmat Mu.

Isnin ini, 10hb April saya dan suami akan bertemu pakar genetik di Institut Peadetrik, HKL bagi mendengar nasihat dan pandangannya berkaitan penyakit Alesha dan implikasi pada masa depan. 25hb April pula, Alesha akan di bawa ke Institut Jantung Negara untuk ujian jantungnya. Aku berharap segalanya berjalan lancar dan mendengar perkhabaran yang baik.



Thursday, 6-Apr-2006 06:11 Email | Share | | Bookmark
Alhamdulillah...

 
 
 
View all 4 photos...
A'kum...

Hari ini tidak tertahan-tahan hati nak menghabarkan berita terkini selanjutnya. Baru sebentar tadi suami saya mengirimkan berita. Berita yang cukup mengembirakan. Semoga Allah terus menurunkan rahmatNya pada Alesha.

Tadi dalam kul 12.00 tghari, suami saya mengirimkan gambar dan berita yang Alesha telah tidak disalurkan oxigen secara head-box. Lesha tadi, kata suamiku menggunakan tiub pada hidungnya untuk bantuan oxigen. Kalau tadi pagi, oxigennya adalah pada tahap 10, tapi sekarang telah dikurangkan kepada 2 sahaja!. Terlalu girang hati ini. Tidak tertahan-tahan untuk berkongsi dengan sahabat semua.

Allah, sesungguhnya Dikau adalah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Thursday, 6-Apr-2006 01:26 Email | Share | | Bookmark
Alesha semakin baik

 
 
 
A'kum semua sahabat... Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan rahmatnya dengan meringankan penderitaan Alesha. Semenjak kelmarin, doktor telah mencabut tiub bantuan penafasan untuk Alesha. Bantuan pernafasan Alesha sekarang dibantu dengan oxigen secara head-box. Lega hati saya mendengar berita yang disampaikan oleh suamiku itu.

Alesha, kata suamiku lagi, sering menangis. Mungkin disebabkan rasa sakit dan perit pada tekaknya dek kerana tiub pernafasan sebelum ini. Tapi bagi ku, itu satu pertanda baik, dengan menangislah ku rasakan yang Lesha sihat, dan normal seperti bayi lain. Dengan menangis juga, akan membantu Alesha bernafas dengan lebih baik lagi.

Syukur pada Allah dengan perkembangan terbaru ini. Mungkin Alesha ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada papanya. Kerana pada hari ini, 6 April adalah hari lahir suamiku. Terima kasih Lesha kerana menyempurnakan hajat mama takala mama berbisik pada mu nak: "Hadiahkanlah sesuatu untuk meraikan hari lahir papamu nanti" pada tempoh hari. Terima kasih nak....

~selamat hari lahir suamiku


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net