Want your
own Fotopage?






 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Apr-2006 01:17 Email | Share | | Bookmark
A'kum Semua...

Pilu hati seorang ibu
Sihatlah anakku
Alesha tidak mahu melepaskan gengamannya dari jariku
View all 4 photos...
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. di sepanjang hari sabtu dan ahad baru-baru ini keadaan Alesha memang telah semakin stabil seperti yang digambarkan oleh suamiku yang tidak pernah tertinggal mengunjunginya. Pengantungan Lesha kepada mesin juga telah semakin berkurangan. Saya mengharapkan dalam minggu ini, biarlah Alesha boleh bernafas sendiri tanpa perlu dimasukkan tiub ke dalam kerongkongnya. Kalau perlu bantuan penafasan sekalipun cukuplah sekadar menggunakan head box atau tiub yang dilekatkan pada hidungnya. Kesian benar saya melihat Alesha menahan sesak dek kerana tekaknya disumbatkan tiub bantuan penafasan dan tiub bantuan minuman susunya. Aku tahu, tibu-tiub itu perlu untuk membantu kelangsungan hidupnya dan aku redha...

Tanda-tanda tumbesaran Alesha juga jelas kelihatan. Lesha semakin berisi dan berat badannya juga telah meningkat 3.9 kg. Mungkin berat itu tidak selazimnya bagi bayi yang normal, namun bagi kami, setiap 1 gram kenaikan badannya merupakan rahmat dari Allah. Alesha juga telah ditingkatkan jumlah susu minumannya kepada 70 ml, satu tanda yang Lesha sudah punya selera makan, walaupun sering juga dia memuntahkan semula susu tersebut bila disusukan.

Kelmarin, saya merayu pada Alesha untuk melemparkan sekuntum senyuman bagi mengubat rindu ini. Lama sungguh saya tidak dapat melihat senyumannya sejak keadaannya kembali serius. Sesungguhnya anak itu adalah anak yang bijak!! Allah!... bagaikan mendapat jutaan emasan bila Alesha faham akan keinginan ku dan tersenyum seketika!! Hati ibu mana tidak tersentuh dan menangis bila anak yang dikandungnya bertindak balas sedemikian rupa...

Saya bukan tidak mahu mengunjungi Alesha setiap hari, namun jarak Seremban - Putrajaya menjadi benteng pemisah antara kami. Aku bukan tidak mahu tinggal di wad bersamanya, menjaganya, namun di NICU peraturannya tidak membenarkan kami tidur bersama kerana keadaannya adalah serius dan perlu penjagaan rapi pihak perubatan. Suamiku menasihatkan aku untuk terus berkerja, dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja, kerana suamiku merasakan itu sebagai salah satu terapi untuk membuatkan aku terus mengharungi hidup dan tidak keterlaluan memikirkan soal anak. Aku faham maksudnya, suamiku takut aku akan menjadi depress dan tension serta mungkin mengalami tekanan perasaan. Sesungguhnya, cara suamiku itu berjaya mengurangkan tekanan kepadaku. Suamiku mengajar aku untuk yakin dan percaya akan kemampuan pihak perubatan menjaga Alesha. Dan mahukan aku meneruskan hidup dengan sebaik mungkin.. Alhamdulillah, aku telah berjaya menharungi saat-saat getir ini. Luahan rasa dalam FP ini pulak suamiku meminta aku menganggapkannya sebagai "support group" yang biasa diamalkan bagi mengurangkan tekanan...

Aku cuma bergantung kepada setiap maklumat perkembangan Alesha yang disogokkan oleh suamiku yang melawatnya setiap hari. Kerana setiap lawatan suamiku itu, ku iringi dengan doa agar Alesha sembuh dan diibaratkan sepertinya aku turut berada di sana diwaktu itu. Pada sabtu dan ahad aku pasti mengunjungi Alesha. Kadang-kala, takala rindu terlalu mencengkam, ku paksakan jua suamiku mengambil ku di Seremban selepas waktu pejabat, dan sepantas mungkin aku ke hospital.

Kelmarin... saat yang paling sukar bagi ku meninggalkan Alesha. Setelah aku dihadiahkan oleh Lesha akan senyumannya, Alesha seakan faham yang aku ingin meninggalkannya. Digengamnya jari telunjukku dengan erat dan tidak mahu dilepaskannya. Seolah-olah tidak mahu melepaskanku pergi. Walaupun saat itu, Lesha kelihatan cukup mengantuk dan beberapa kali dia menguap lebar! Matanya juga berulangkali terkatup sebab mengantuk. Aku tunggu sehingga dia benar-benar lena dan dengkurnya kedengaran baru aku cuba menarik jariku yang digengamnya. Tapi terlalu erat digengamnya dan berulangkali juga dibukakan matanya takala terasa pergerakan jariku yang cuba untuk lepas dari gengamannya. Aku serba salah saat itu. Namun aku perlu juga meninggalkannya. Allah lindungilah anakku yang telah Dikau amanahkan pada ku itu, kerana Dikau lah sebaik-baik pemberi pelindungan.

Assalamualaikum...
terharu saya baca kisah alesha...saya doakan semoga alesha akan sembuh....sabarlah menempuh dugaan...saya faham perasaan ibu alesha...sbb saya pun ada baby berusia 9 bulan,mungkin ada rahmat sebaliknya...amin.insyaallah kita sama-sama doakan.
Tue 18-Apr-2006 06:48
Posted by:ibu balqis  - [Link]
assalamualaikum w.b.t
allah ada bersama mu mama alesha
Wed 4-Jun-2008 05:04
Posted by:liena
tersentuh hati bila tgk alesha....semoga alesha cepat sembuh....hati seorg ibu akan faham naluri hati ibu lain...semoga tabah...saya akan sentiasa mendoakan..saya juga mempunyai seorg baby berusia 5 bulan...senyuman anak satu kegembiraan buat saya... Tue 15-Jul-2008 03:52
Posted by:leenda
View all 37 comments


Friday, 31-Mar-2006 03:59 Email | Share | | Bookmark
Terima Kasih semua Doktor & jururawat NICU

 
A'kum... terima kasih di atas segala doa dan perhatian sahabat semua. Baru sebentar tadi suami ku melawat Alesha. Katanya Alesha dalam keadaan stabil. Walaupun masih lagi memerlukan perhatian terperinci oleh pihak doktor dan jururawat.

Aku cukup terharu dengan perhatian para doktor dan jururawat di unit NICU, Hospital Putrajaya. Mereka ibarat "mama kedua" bagi Alesha. Mereka menjaga Alesha seperti anak mereka sendiri. Aku kadang-kala cemburukan mereka kerana mereka lebih banyak bersama Lesha daripada aku dan suami. Mereka lebih dahulu melihat Alesha pandai tersenyum dan tersengih. Mereka akan bergegas ke katil Alesha sekiranya dia menghadapi masalah. Kiranya mereka adalah tempat Alesha bergantung sekarang ini. Aku cemburukan mereka.... Namun aku amat terhutang budi kepada mereka semua.. Tidak terbalas jasa dan budi mereka. Aku ada berkata kepada suamiku tadi, nanti kalau takdirnya Alesha sihat semula, aku minta suamiku ambil semua alamat mereka, dan kita datang beraya dengan membawa Alesha ke rumah mereka.

Kata suamiku, semasa dia sampai ke hospital dalam kul 11.00 tadi, Alesha asyik meragam dan menangis. Jururawat yang menjaganya mengadu pada suamiku. Kata suamiku lagi, dia telah memujuk Alesha dengan cara yang sama yang suamiku gunakan ketika Alesha meragam dan menendang-nendang perutku ketika aku mengandungkan dia dahulu. Caranya, suamiku akan mendekatkan mulutnya ke telinga Alesha dan membacakan surah-surah lazim dan ayat qursi (kalau dulu sewaktu mengandung, suamiku akan meletakkan tangannya ke perutku sambil membaca surah-surah lazim dan ayat qursi).... Maha Suci Allah... kata suamiku, Alesha senyap dan matanya terkebil-kebil dan seolah-olah gembira mendengarnya... setelah itu, Alesha tidur dengan amannya.... Kalaulah anak sekecil itu berasa aman mendengar kalimah Allah, kita sebagai seorang hamba yang sempurna sifat tidak seharusnya lalai mengamalkannya....

Cuma ketika mengandung dahulu, ada tambahannya, selain menbaca surah-surah lazim dan ayat qursi, suamiku turut akan berbisik kepada Alesha yang waktu itu dalam kandunganku dengan kata-katanya "Anakku, tak elok sakitkan ibumu... dia telah cukup menanggung kesakitan sekarang ini, dan ingatlah, syurgamu terletak di bawah telapak kakinya..." Pasti sesudah itu Alesha senyap dalam kandungan dulu.

akum m"mah & lalok, pertama kali melihat anak buah yang comel ni, hati terus jd sebak, ini lah pertama kali menatap wajah yang suci bersih ni. Selepas ni pasti doa akan mengiringi alesya setiap kali selesai solat. kuatlah semangat kedua-dua sahabat aku dunia akhirat ni. Sabarle ye. Sun 2-Apr-2006 10:40
Posted by:abg sham alorstar
be strong and be patient...semoga baby alesha cepat sembuh...jgn cepat putus asa...tentu ada hikmah disebaliknya...

Maka ketika hati kita tertanya-tanya "mengapakah Aku yang diuji?"
Maka ingatlah firman Allah:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tatkala diri berkata "Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?" Allah berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
Sun 2-Apr-2006 17:20
Posted by:haslinda  - [Link]
zaimah..eventhough we never met.. but saye paham apa yg awak rase... tabahkan hati and jgn putus asa.... saya and family doakan baby alesha cepat sembuh... but one thing that i know...she is very strong... very strong baby...and one more thing.. u r lucky to have such a good hubby... semoga korang dimurahkan rezeki.. jgn putus asa ok.. Wed 12-Apr-2006 13:41
Posted by:shemaiz  - [Link]
View all 22 comments


Thursday, 30-Mar-2006 01:10 Email | Share | | Bookmark
Suamiku menitiskan air matanya...

 
 
 
View all 6 photos...
Alhamdulillah... banyak sungguh respon dari sahabat-sahabat semua. Tak ternilai segala kata-kata peransang dan doa anda semua. Suamiku turut ingin menyampaikan salam hormatnya kepada semua sahabat yang terusan menbaca, FP ini. Kata suamiku handphone nya sentiasa berdering sehingga rakan-rakan beliau yang berada di serata dunia turut menyatakan simpati dan doa mereka. Suamiku dahulu pernah bertugas di Kementerian Luar Negeri selama lima tahun. Paling kami terharu dan tidak terucapkan rasa syukur pabila seorang sahabat suamiku, En. Suhaimi (Mie) yang kini bertugas di Jeddah, Arab Saudi sanggup meluangkan masa berharganya utk terbang ke Mekah bagi mendoakan kesihatan Alesha. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kepada Abg Mie, saya menyusun sepuluh jari mengucapkan jutaan terima kasih pada Abg Mie. Sesungguhnya kita tidak pernah berkenalan, hanya suami saya yang mengenai Abg, tapi jasa Abg Mie akan saya bawa hingga ke liang lahad.

Kepada sahabat yang lain, turut tidak terbalas jasa anda semua dan akan saya bawa sehingga ke liang lahad jua. Saya sesungguhnya amat terharu di atas segala perhatian anda.

Setiap malam suamiku bersolat hajat memohon kesembuhan Alesha. Awal pagi tadi, ku terdengar sedu dan tangisnya dikala ia memohon rahmat Allah sewaktu didalam sujud amat meruntuhkan hati ini. Lebih membuatkan hati ini menjadi sayu dan pedih, pabila air mata lelaki yang amat berharga itu berjurai-jurai turun ibarat hujan takala dia membaca surah Yassin. Payah sungguh untuk dia menghabiskan setiap ayat kerana tak tertahan-tahan air matanya mengalir dan berulangkali dia menahan sedunya. Aku turun menangis!!!

Sesungguhnya amat payah untuk seorg lelaki menangis. Dia hanya akan menangis pabila kesedihannya sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dan sesungguhnya sekiranya seorang lelaki itu menangis, ia akan meruntuhkan hati sesiapa yang melihatnya kerana pada masa itu dia kelihatan amat fragile sekali....

baby alesha, kuatkan semangat mu...
ya allah, sembuhkanlah anak kecil lini dr penyakitnya...kurniakanlah kesejahteraan ke atasnya...amin
Fri 31-Mar-2006 05:30
Posted by:ummi ayuni  - [Link]
Zaimah,
aku harap kau dgn suami sabar, tabah dan redha dgn ujianNya..Kisah dan perkembangan Alesha Abriza ni buat aku menitiskan air mata stp kali baca page kau..Aku doakan semoga lesha cepat sembuh spt baby² lain..
Wed 5-Apr-2006 05:10
Posted by:suebebeh  - [Link]
Pn. Adakah suami puan dr Seremban ? Kerja dengan kerajaan. lepasan UUM?
Jika ya , salam perkenalan. Krim salan kat Shamsul sebab sudah lama saya cari dia. dengar khabar dah berkeluarga. we were good friends during school.

Moga anak puan dah sihat sekarang

Azillea
Sat 30-Aug-2008 06:29
Posted by:Azillea
View all 35 comments


Tuesday, 28-Mar-2006 05:24 Email | Share | | Bookmark
Mama sayang Alesha

 
 
 
View all 4 photos...
Terima kasih untuk sokongan semua, saya benar-benar mengharapkan kata-kata peransang dan sokongan anda semua untuk mengharungi saat-saat getir ini. Kata-kata, sokongan, dan doa anda semua memberikan kekuatan dan menambahkan keyakinan kepada saya untuk menerima hakikat ketentuan Allah ini.

Kata suamiku yang baru sahaja pergi melawat Alesha sebentar tadi menyedarkan aku bahawa, manusia hanya punya asa, tapi Allah jua yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Menurut suamiku, keadaan Alesha sebenarnya tidaklah bertambah baik. Sebenarnya tulang-belulangnya semakin mengecil dan merapuh. Walaupun pembesaran Alesha kelihatannya sempurna, tapi tulang yang menyokong tubuhnya tidak. Kata suamiku, kita perlu bersedia untuk menerima berita buruk pada bila-bila masa. Ketentuan Allah itu akan tiba pada bila-bila masa, melainkan sekiranya telah tercatat sebaliknya di Luh Mahfuz. Setiap yang bernyawa pasti akan bertemu Al-Khalid bila sampai masanya. Cuma masanya, cepat atau lambat adalah di tangan yang memilikiNya.

Saya tidak pasti sama ada saya telah bersedia untuk menerima hakikat ini atau tidak. Saya tidak mampu untuk menipu bahawa saya telah bersedia. Saya pasti akan bersedih. Kata suamiku, menangislah semahunya, jangan ditahan-tahan... mungkin nanti akan melepaskan apa yang terbuku di hati. Mama sayangkan Alesha... mama terlalu sayangkan Alesha... selama-lamanya!!!

Kata suamiku, selagi nyawa Alesha masih dikandung badan, jangan sesekali kita berputus harap.. Ya tidak sesekali kami akan berputus harap. Kami akan terus setia menjaganya, mendoakan kesejahteraan dan kesihatan untuknya.

Kata suamiku lagi, keadaan Alesha hari ini stabil. Dia sudah mula dibekalkan susu sebanyak 60ml setiap tiga jam, setelah dipuasakan sejak sabtu. Tadi sewaktu suamiku datang melawat, katanya Alesha cergas, kekadang Alesha tersenyum. Mungkin tersenyum dengan kehadiran papanya. Kata doktor pula, kalau keadaannya terusan stabil, mungkin akan dicabut ventilator. Doktor turut telah memberikan kebenaran pada kami untuk memberikan ubatan kampung mana yang dirasakan bersesuaian. Buat masa sekarang, air zam-zam yang didoakan oleh Ustaz Darusshifa' sahaja kami gunakan untuk rawatannya.

Kami akan terus berdoa pada Allah, dan akan terus bermunajat di malam hari selagi matahari terus terbit dari timur. Sekiranya tidak keberatan, ku pohon para sahabat bersama-sama bermunajat, bersolat hajat di malam hari untuk kesejahteraan Alesha. Mungkin doa dan munajat kami tidak diterima kerana kami adalah hambaNya yang penuh dengan dosa berbanding sahabat semua. Terima kasih untuk ihsan anda semua....



Alesha is so lucky to hv parents like you guys... Alesha sayang....aunty will always for your happiness...be strong little girl...InsyaAllah... For Alesha's mom...Allah hanya memilih org2 yg betul2 tabah dan sabar dgn dugaanNya...we r chosen coz we r definitely so strong..I know how u feel coz my son, Akif also had to gone through all this when he was little bb...hugs n kisses to strong princess Alesha Thu 30-Mar-2006 06:26
Posted by:AuntyOlie - Mama Akif & Hadif  - [Link]
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. InsyaAllah moga kesabaran yang dan redha akan kehendakNya dibalas dengan seribu rahmat. RahmatNya amat luas apatah lagi kita sebagai manusia yang sentiasa mengingatiNya. Moga Allah berikan kesihatan dan kesejahteraan buat Alesha. Moga Allah berikan sinar senyuman dan seribu ketabahan buat mama & papa Alesha. Segalanya telah Allah tentukan. Dialah yang maha segalanya. Moga kita semua menjadi hambaNya yang bertaqwa. Fri 31-Mar-2006 06:29
Posted by:iskandar
kepada kak zaimah,
sedih mia lihat keadaan anaj akak.mia perasaan akak.mia harap akak tidak putus harapan untuk berdoa.ada hikmah disebalik kejadiaan ine
Fri 2-Jun-2006 08:04
Posted by:mia
View all 18 comments


Sunday, 26-Mar-2006 01:05 Email | Share | | Bookmark
Alesha kritikal kembali

Alesha disambung kepada mesin bantuan hayat (ventilator)
Hati ibu mana yang tidak pilu melihat anak ini
Beberapa hari ketika Alesha masih sihat
View all 4 photos...
Sahabat/rakan semua... tidak sanggup hati nie untuk melakarkan coretan ini. Terkejut besar hati ini bila sesampainya saya ke hospital melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan tiada di tempat yang selalunya dia berada. Lebih hancur dan luluh hati ini bila diberitahu bahawa anak kami disset teruk dan telah dimulakan prosedur ventilator semula!!!! Allah... dugaan Mu datang lagi pada hambaMU yang lemah ini.

Doktor terpaksa mengambil darah ku bagi mendapatkan sample darah dari tabung darah untuk mengantikan darah pada Alesha. Kata doktor, tahap metabolisme Alesha jatuh ke tahap 8 dan perlu kepada pertukaran darah. Berjurai-jurai air mata ku gugur ke bumi, dan rupanya bukan aku saja yang menangis saat itu, kesemua nurse yang merawat Alesha, yang menjadi ibu angkat kepada Alesha selama 101 hari turut sama menemani ku menangis!!! Aku tidak keseorangan rupanya... Ku lihat suamiku menahan air matanya, aku tahu dia cuba bersifat tabah kerana takut jiwaku akan menjadi lebih meruntun...

Kami telah menziarahi Darusshifa', pusat rawatan perubatan cara islam Dato' Dr Haron Din. Alhamdulillah kami telah dilayan dengan sebaiknya. Ustaz yang mendengar rintihan kami telah memberikan air doa yang insyallah berupaya menyembuh kalau tidakpun meringankan beban Alesha. Mereka beriya-iya memohon kami datang semua untuk bertemu sendiri dengan Ustaz Dato' Dr Haron Din sekiranya Alesha keluar nanti. Insyallah, kami pasti akan menerima pelawaan untuk bertemu Ustaz Haron Din. Ustaz yang mendoakan air tawar Alesha turut mengajar kami cara-cara yang 'afdal untuk melakukan sembahyang sunat hajat dan rahsia memohon pertolongan Allah dengan membaca surah Yassin. Pasti akan kami amalkan.

Apa yang termampu kami lakukan sekarang, berserah bulat-bulat pada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya......

Seperti yng lainnya Tyha juga mendoakan kesejahteraan dan kekuatan buat Zaimah sekeluarga dan sikecil Alesha.Membaca dan melihat keadaan sikecil dari Fp pon hati sudah terasa sedih...inikan pula ...Zaimah sebagai ibu yng mengandungkannya selama 9 bulan.Semoga tabah dan cekal menghadapai dugaan...selain jaga kesihatan dan diri... Mon 3-Apr-2006 02:08
Posted by:Tyha
dear zaimah, hope the best for u n your family.. tuhan maha kaya dan sentiasa dengan orang yang bersabar. insyaallah bb akan sembuh dengan doa ramai org.. Mon 3-Apr-2006 08:18
Posted by:zarina nordin
Insyaallah...berkat kesabaran dan iringan doa dr rakan n family buatkan zaimah n hubby tabah hadapi segala dugaan yg datang...dan insyaallah juga Tuhan maha adil dan berikan hikmah disebalik tiap perkara yg berlaku...dan mudah-mudahan alesha akan sembuh menjadi permata hati dijiwa zaimah n hubby.. Tue 4-Apr-2006 05:48
Posted by:MamyEllySsa  - [Link]
View all 17 comments


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com