Want your
own Fotopage?






 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 22-Mar-2006 01:32 Email | Share | | Bookmark
Suami ku....

lihatlah pipi suamiku semakin mencengkung
seorang ayah yang tidak pernah bersungut
pipi gebu suamiku suatu tika dulu
View all 5 photos...
A'kum semua.... terima kasih untuk semua komen dan doa anda... sungguh saya benar-benar terharu dengan perhatian dan keikhlasan sahabat semua... terima kasih!!

Seorang lagi hamba Allah yang seharusnya saya ucapkan terima kasih adalah pada suamiku yang tercinta... tidak terbalas segala pergorbanan, kasih sayang, jagaan, perhatian, kesabaran, kegembiraan, dan redhanya kepadaku.. memang selayaknya Allah tetapkan syurga isteri itu berada di bawah telapak kaki suami!!! sememangnya suamiku adalah nyawaku, syurgaku, kegembiraanku.... Ya Allah, lindungilah suamiku, gembirakanlah hatinya, kerna dialah segalanya bagi hidupku...

Suamiku tidak pernah sekalipun menunjukkan mukanya yang masam, keletihan, kecewa mahupun marah semenjak Alesha dilahirkan... dia sentiasa menghiburkan hatiku, sentiasa menjaga makan-minum dan kebajikanku... aku tahu, aku adalah seorang isteri yang tidak sempurna, namun Allah telah kurniakan seorang suami, lelaki, teman yang terbaik bagiku dari dunia dan isinya... tidak terbalas segalanya... Aku tahu bertapa letihnya dia pabila terpaksa berulang-alik dari Seremban ke Putrajaya setiap hari. Dia tidak pernah miss mahupun merunggut bila saat orang lain ke kedai makan untuk sarapan, dia berada di wad bersama Alesha, saat orang makan tengahari, dia sedang membelai dan menyusukan Alesha, dan saat org pulang ke pangkuan keluarga, sekali lagi dia di katil Alesha bermain-main pipi gebu Lesha.... Aku nampak jelas kepayahan dan kecekalan hati suamiku... kalau dulu, berat suamiku sentiasa meningkat dan dia kelihatan gebu (marah kalau dikatakan dia gemuk), tapi kini, aku menitis air mata melihat kepayahan dia untuk bergerak kerana keletihan dan badan yang semakin menyusut!!!! Allah kembalikan kegembiraan suamiku.....


Tuesday, 21-Mar-2006 00:18 Email | Share | | Bookmark
Terkini...

 
 
 
View all 6 photos...
Alhamdulillah.. saya berasa sungguh terharu dengan sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan semua. Allah telah menjadikan hambaNya sesempurna anda semua, kerana telah diberikan kepada anda semua sifat yang mulia... tidak terbalas dan ternilai segala-gala yang telah sahabat semua berikan..

Keadaan Alesha masih seperti biasa, tiada perkembangan positif, tiada juga perkembangan yang terlalu negatif. Lesha masih lagi bergantung pada oxigen walaupun sebenarnya dia telah boleh bernafas. Keadaan ini perlu kerana Alesha sering disset, dan dia akan menjadi sesak nafas. Kandungan ALP dalam badannya masih lagi rendah. Tahap ALP yang rendah dalam badannya telah memberikan kesan yang cukup mencemaskan kami sekeluarga kerana, setiap titik susu yang diminumnya tidak sampai separuh kalsium susu tersebut menjadi tulang belulangnya. Selebihnya kalsium tersebut beredar didalam darah beliau dan menjadi racun yang mungkin akan menyebabkan batu karang!!! Pihak hospital terpaksa menggunakan susu yang mengandungi formula kalsium yang paling rendah. Berat badan Alesha juga tidak bertambah semenjak dua minggu lalu... kami benar-benar risau

Tiada apa yang mampu kami lakukan melainkan berserah pada Allah, kerana kami yakin, setiap kejadian ada sebab tersendiri dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua..


Friday, 17-Mar-2006 00:12 Email | Share | | Bookmark
Segalanya bermula di sini...

 
 
 
A'kum...

Selama ini, saya lupa kepada insan-insan yang telah banyak menyumbangkan semangat dan dorongan kepada saya. Saya lupa derita yang saya tanggung rupanya masih ramai yang sanggup berkongsi beban ini. Saya benar-benar terharu dengan kata-kata semangat, luahan rasa, titipan doa dari semua rakan, sahabat, dan ahli keluarga...

Saya terharu dengan keperihatinan sahabat-sahabat yang mencoretkan kata-kata semangat di ruangan fotopages ini, walaupun ramai daripadanya adalah para sahabat yang kita tidak pernah bersuah muka, hanya melalu coretan di ruang maya ini. Terima kasih semua, terima kasih...

Terasa ringan beban yang ditanggung, terasa segar minda menampung segala cubaan Allah ini. Memang benar, saya merupakan insan yang paling bertuah kerana memiliki jutaan rasa kasih dan sayang dari anda semua... Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya dan apa yang mampu saya berbuat hanya mengenang saat-saat ini sehingga ke akhir hayat...

Untuk makluman semua, saya telah mula bertugas di Jabatan baru di Seremban, Negeri Sembilan.. memang langkah saya semakin jauh untuk melawat dan menjaga Alesha, namun, kata-kata semangat suami ku - "tinggalkan dan lepaskan beban itu pada doktor dan nurse di hospital putrajaya... itu amanah yang perlu mereka tampung, percaya dan yakinlah pada mereka untuk menjaga dan membelai Alesha..". Betul kata suamiku.. saya memang tidak tertanggung beban kedukaan dan cubaan ini, saya perlukan sahabat dan rakan untuk menanggungnya bersama... sekarang baru aku faham!!.....

Alesha.. mama yakin Lesha faham, bukan mama menjauhi Lesha, mama terlalu sayangkan Lesha! Mama pasti akan menjaga Lesha selamanya.....

~ berita mengejutkan yang kami terima, hasil tilikan seseorang, katanya, kami telah terkena buatan orang yang cemburukan kebahagian kami suami isteri, tapi sumpahan itu tidak mampu mengapakan kami, tapi ianya mengenai anak kami, entahlah... hanya Rahmat Allah sahaja ku pohonkan


Monday, 13-Mar-2006 08:08 Email | Share | | Bookmark
Terharunye.... kata-kata semangat dari Kak Cik dan Kak Lang Ku

Kak Cik:
kakcik juga turut doakan Alesha Abriza dan mama & papa nya supaya tabah menghadapi segala dugaan oleh NYA....

Alesha Abriza
Anak yang comel, di ibarat seperti kain putih , bersih tiada dosa.
Tiada perasaan kerisauan & kebimbangan ...
sesungguhnya kau dibawah rahmat ALLAH YANG AGUNG..

Andak (mama Alesha)
Hati ibu yang penuh perasaan tersentuh, sensitif ,cepat menangis dan rapuh..
Kau mesti tabah andak...
jika hati mula bergoncang cuba cepat2 patah balik ke pangkal. Ajar kan hati itu selalu berkata " Alesha punya mama yang kuat, cekal , semangat dan tabah, Jika Alesha dapat harungi sebegitu , mama lebih 10x kuat "keraskan hati untuk itu saja.. dan banyak2 lah berselawat

Apa yang berlaku mengajar erti kematangan hidup, sesungguhnya jika orang lain mengumpul 1 pahala,andak kau lebih 10x ganda dari itu (itu yang pasti)
dari itu jangan sesekali menyalahkan diri sendiri...

Papa Alesha
Hati mu hanya ALLAH saja yang mengerti...tak dapat kakcik nak susun ayat untuk mengambarkan perasaannya
Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan.. Kakcik bangga dapat adik ipar yang tabah. ya...terpaksa tabah untuk segala-galanya
ALLAH saja yang dapat membalas rintihan itu...

ALESHA pasti berbangga & bertuah dapat mama & papa seperti kamu berdua

kakcik.

Kak Lang:
Alang doakan Lesya , andak and Laloque kuatkan semangat. Alang sentiasa berdoa dr belakang supaya Lesya sembuh cepat.



Andak, bagilah gambar terbaru Lesya, skrg kau keje ke..



Alang,

(nak menitis air mata alang- tapi ku tahan jua.)




Thursday, 9-Mar-2006 07:24 Email | Share | | Bookmark
Dugaan datang lagi.......

 
 
 
Allah... masih belum reda lagi kah dugaan Mu. Aku benar-benar tidak mampu lagi mengharunginya. Allah, aku tidak mampu lagi menanggungnya. Aku benar-benar terdiri daripada golongan hamba Mu yang lemah. Tuhan ku, tolong la... berikan la kepada kami sinar kebahagiaan. Kami benar-benar rindukan anak kami. Kami dahagakan kegembiraan sebagai ibu dan bapa yang masih belum lagi kami rasai. Allah sempurnakan la nikmat dan rahmat Mu, bebaskan la anak kami dari dugaan yang maha hebat ini.

Tadi aku dan suami pergi melawat Alesha di wad. Walaupun keadaan Alesha stabil dan kelihatannya sihat, tetapi hakikatnya Lesha sedang bertarung dengan tubuh badan nya sendiri. Kalsium yang diperolehi dari susu rupanya tidak kesemuanya menjadi tulang belulang, sebahagiannya terus memasuki darahnya dan mungkin meracuni badannya. Kata doktor, mereka telah mula menjalankan rawatan bagi meneutralkan kalsium tersebut kerana ditakuti nanti lebihan kalsium tersebut akan menjadi batu karang!!!

Daya penafasan Alesha juga mulai terganggu. Kalau dulu Lesha hanya memerlukan 0.5 ml oxigen, sekarang telah meningkat semula kepada 2.5 ml !!! Allah.... aku tidak berdaya lagi melihat penderitaan anak ku itu.. Kalau aku dan suami bisa menjadi galang-ganti nya... Tuhan ku, gantikan la dugaan Mu ke atas anak itu kepada kami... kami ibu bapa nya, kami seharusnya menanggung semua penderitaan ini. Allah.. jika ini merupakan balasan ke atas dosa-dosa dan keterlanjuran silam kami, jangan la dihukum anak tu, hukum la kami... kami redha....

Alesha, kuat la.. mama tahu Alesha anak yang kuat, maafkan mama dan papa kerana tidak menjadi ibu bapa yang baik dan sempurna. Ampunkan mama dan papa, Alesha.....


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net