Want your
own Fotopage?








 
Sayang Mama dan Papa Alesha Abriza

By: mmah laloque

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Mar-2006 08:12 Email | Share | | Bookmark
wallpaper dan kad ucapan

Kad Ucapan Terima Kasih
Wallpaper
Semalam, papa Alesha sibuk buat kad ucapan terima kasih untuk semua staff unit NICU Hospital Putrajaya. Tak sabar-sabar nak berikan penghargaan pada mereka.

Alesha, sayang la papa selamanya, papa lebih kuat dari mama dalam menghadapi dugaan ini..

~sample kad ucapan ngan wallpaper yang papa buat, mama attachkan


Wednesday, 1-Mar-2006 04:37 Email | Share | | Bookmark
Terkini

 
 
 
View all 4 photos...
Jumaat lepas, doktor pakar kanak-kanak Hospital Putrajaya panggil kami suami isteri... berdebar-debar dada dan bagai nak luruh jantung ini rasanya. Alhamdulillah, doktor telah menyampaikan berita baik, mereka mahukan aku tinggal bersama-sama Alesha di Wad. Kata mereka, untuk membiasakan diri dengan keadaan Alesha dan mengajar Lesha menghisap susu semula. Setelah hampir 63 hari di hospital, Alesha telah lupa cara mengisap kerana terlalu lama minum susu melalui tiub!!.

Keadaan penafasan Alesha masih lagi bergantung pada oxigen, tapi hanya dalam kandungan 0.5 ml saje. Lesha telah mencapai tahap 98-99% bernafas sendiri, hanya bila menangis, dia menjadi biru dan sesak nafas.

Kata doktor, insyallah weekend ini dia akan dibenarkan keluar. Dan harapan doktor biarlah Alesha keluar tanpa bergantung dengan oxigen, kerana kalau tidak dia mungkin perlu menggunakan tabung oxigen yg akan mereka pasangkan dirumah nanti. Ya! mereka akan ke rumah untuk memasangnya...

Aku cukup terharu dengan tanggungjawab dan tugas semua para doktor pakar, pegawai perubatan dan jururawat Hospital Putrajaya, mereka betul-betul menjaga Alesha seperti anak sendiri. Alesha cukup bertuah kerana mempunyai ramai ibu angkat !! Setiap kali pergi melawat, jururawat di sana akan membahasakan diri mereka "ibu" dan "mama" pada Alesha... aku sendiri terdengar, tanpa jururawat tersebut sedari.. dia membahasakan diri nya sebagai mama dengan berkata "Alesha... mama datang nak bagi susu nie.. Lesha cam mana hari nie".. Ah!!! terharu nya dengan pengorbanan mereka.....

Tidak terucap pengorbanan mereka... aku tetap merasakan perkhidmatan hospital kerajaan juga adalah yang terbaik.. kenapa?? semua hospital swasta tidak akan mengambil anak kami kerana penyakitnya adalah penyakit yang tidak pernah berlaku. Seorang doktor pakar swasta di Subang ada berkata, "semua hospital atau klinik swasta adalah merupakan pusat merawat sahaja, jadi mereka akan merawat hanya penyakit yang mereka tahu sahaja... hospital kerajaan lain, mereka adalah pusat merawat, rujukan dan penyelidikan, mereka sebenarnya lebih pakar..."

~Terima kasih semua, jasa, doa dan bantuan anda tidak terbalas, hanya Allah saja yang akan membalasnya.


Monday, 20-Feb-2006 06:10 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan terkini

Alhamdulillah...

Setelah 59 hari Alesha berada didalam NICU Hospital Putrajaya, yang mana umurnya sekarang baru berusia 68 hari, akhirnya Alesha semakin sihat. Alhamdulillah, Lesha telah boleh bernafas sendiri, walaupun masih lagi memerlukan 2% bantuan oksigen. Berat badan Lesha juga semakin meningkat, dari 2.75kg ketika mula-mula masuk dulu, sekarang sudah melebih 3.5 kg. Lesha juga telah menjadi anak dara yang aktif, dan tidurnya pun terkangkang (entah perangai sapa diikutnya )..

Tetapi apa yang paling menyentuh hati seorang ibu adalah bila anak yang dikandungnya mula bereaksi pabila namanya disebutkan. Allah... sungguh indah saat yang Kau ciptakan itu... Tiap kali aku memanggil namanya, Lesha akan membukakan matanya.. memandang tepat ke arah ku... dan tersenyum!!! Allah.. manisnya senyuman pertama seorang anak... tiada apa yang lebih indah daripada itu... Anakku sudah pandai tersenyum!!! biar terbalik gunung kinabalu sekalipun, tidak akan memalingkan muka ku dari menatap senyuman anak itu.........

Walaupun kata nurse dan doktor, Lesha telah mula tersenyum semenjak kelmarin, dan aku serta ayah nya bukalah orang pertama yang melihatnya, itu semua tidak menjadi hal.... apa yang kami tau, ANAK KAMI TELAH PANDAI TERSENYUM !!!!!

Terasa semacam ingin ku bawa lari sahaja anak itu, biar dia sentiasa berada disamping!!! telah terlalu lama kami terpisah!!! Alesha kuat la... harapan ibu, Lesha akan segera kembali...

~senyuman pertama anak itu ibarat bunga ros yg harum di waktu pagi dan kekal sepanjang hayat


Thursday, 9-Feb-2006 00:43 Email | Share | | Bookmark
Dugaan Allah datang lagi

Allah.... sinar harapan telah mulai menjelma, tapi ketentuan Mu tetap terlaksana...

Lewat petang semalam, Alesha terpaksa dimasukkan tiub oksigen semula. Walaupun Lesha boleh bernafas sendiri, namun dia tidak dapat meluahkan air liur dan kahaknya. Alesha sesak nafas semalam akibat air liur dan kahak yang berkumpul di paru-parunya. Kata doktor masalah tulang yang dihadapinya merupakan penyebabnya. Tulang paru-parunya yang lembut tidak dapat bertindak sepatutnya untuk memberikan Lesha keupayaan meluahkan air liur dan kahaknya. Tertumpah jua air mata ini setelah sinar harapan yang diharapkan dulu mulai mendung.

Ya Allah, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah bersabda " Allah lebih dahulu memakbulkan doa seorang wanita (ibu) kerana wanita itu lebih penyayang dari lelaki (bapa).." dan "Doa kedua-dua ibu bapa tu makbul ke atas anaknya".... Allah makbulkan doa kami, kami tidak meminta banyak, hanya kesembuhan ke atas anak kami, dan kami merayu Mu, Allah, pulangkanlah amanah Mu ke atas kami itu, kami berjanji akan menjaga amanah Mu itu dengan jiwa dan raga kami... Allah... aku terlalu rindukan anak itu, aku terlalu kepinggin untuk memeluknya, mendodoinya, menciumnya.. Allah berikanlah daku peluang untuk menjadi ibu dan sesungguhnya aku Redha atas kehendak Mu....


Monday, 6-Feb-2006 00:46 Email | Share | | Bookmark
Sinar harapan

Alhamdulillah... Alesha telah mulai sembuh. Dia telah aktif dan tidak lagi di tempatkan dibawah jagaan rapi. Lesha telah boleh bernafas sendiri. Sekarang ini, doktor hanya memerhatikan perkembangannya. Insyallah, dalam 4-5 hari lagi Alesha akan kembali berkumpul bersama kami. Syukur pada Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net